SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Wednesday 10 July 2013

Rahsia dan misteri Sultan Azlan Shah

Uncleseekers mendedahkan rahsia demi rahsia dan misteri Sultan Azlan Shahon September 19, Oleh: Uncleseekers 111



Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak
perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta
Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka. Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar 
kerabat diraja.
Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang “Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.”.Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama. Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.
Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain?
Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.

Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.


Bagaimana pula dengan adat bersiram?Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.
_____________________________________________________________________________________

Rampasan kuasa Sultan Azlan Shah dari anak sulung Sultan Idris Shah
(Bukti Sultan Azlan Shah Merampas Tahta kerajaan Negeri Perak)

Datuk Seri Ramli Ngah Talib sama sekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan. apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat Istana yang bernama Megat Chandin untuk bersemayam di Istana Iskandariah Bukit Chandan,Kuala Kangsar Perak.Bagaimanapun. Ramli Ngah Talib terpaksa mendukung rastu Mantan Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohammad yang membuat perancangan supaya Raja Azlan ditabal sebagai Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Negara Perak.

Antara Ku Ann dengan Raja Azlan,mereka mempunyai kaitan sebagai saudara sepupu tapi berlainan darah daging Ku Ann berdarah raja manakala Raja Azlan pula anak orang biasa.Nama asalnya ialah Mohd Hattan bin Hashim dan ibunya berbangsa Siam kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.

Selepas beberapa hari dilahirkan,Mohd Hattan dibawa ke Batu Gajah pada 19 April 1928 atas bantuan sahabat karib Allayarham Alang Jaafar.Nama Mohd.Hattan telah dipinda kepada nama Raja Azlan Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah.Nama ini difikirkan sesuai oleh Almarhumah khatijah Ahmad kerana ada persamaan dengan nama Raja Baharom Shah Anak sebenar.
Pembetulan dan pengubahansuaian yang menggunakan nama baginda tidak diketahui oleh Al Marhum Ketika itu amat mudah untuk berbuat sesuatu urusan tanpa kawalan dengan perundangan yang belum terjamin. Tambahan pula Pejabat Pendaftaran masih kecil dan tidak ramai orang yang datang berurusan.


Almarhumah Khatijah tidak mempunyai ramai anak walaupun tiga kali berkahwin Almarhumah mempunyai seorang anak bernama Abdul Ghani(Allayarham) hasil dari perkahwinan pertama. Suami  kedua pula ialah Almarhumah Raja Yusof Izuddin Shah yang menghasilkan Raja Baharom Shah. Kali ketiga,Almarhumah Khatijah berkahwin dengan Datuk tak Haji Daud yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Pengarah Pertanian Negeri Perak tetapi tidak mempuyai anak.Pada masa itu,Datuk Tak sudah pun mempunyai dua orang isteri dan ramai anak.

Mengikut salasilah keturunan Kesultanan Perak, Ku Ann merupakan waris yang paling layak untuk menduduki takhta,tetapi hak itu telah dirampas oleh Raja Azlan yang lebih mahir bermain dengan undang-undang.Ku Ann adalah waris keturunan raja, manakala Raja Azlan hanyalah anak angkat dari keturunan Siam.

Dalam salasilah keturunan asal. ianya melarang sesiapapun daripada mengubahsuai atau meminda salasilah untuk tujuan merampas hak atau mengaburkan keturunan sebenar.

Ku Ann memang ada hak warisan kerajaan negeri Perak.Pemerintah Kerajaan Negeri Perak sekarang ini telah menggubal pindaan pemlembagaan yang menjadikan Ku Ann tersisih dari istana dan juga harta warisan diraja. Pindaan Perlembagaan Perak telahpun ditandatangani oleh yang Dipertuan Agong dan Menteri Besar Perak serta disokong pula oleh orang-orang kenamaan.Maka dengan itu,musnahlah segala warisan keturunan Ku Ann setelah di isytiharkan bebera tahun lalu oleh Sultan Azlan kepada kerabat-kerabat diraja Negeri Perak.

Sultan Azlan boleh menerima Ku Ann tetapi sebagai rakyat biasa dengan syarat Ku Ann tidak boleh meminta apa-apa.Sultan Azlan juga tidak akan melayan segala permohonan yang dibuat oleh Ku Ann dan dengan itu,Ku Ann telah bersedia untuk menyaman Kerajaan dan Dewan Negera Negeri Perak kerana membuat keputusan yang dianggap tidak sah tanpa mengikut Etika Raja-Raja Melayu asal sebelum tahun 1900.

Sesudah dinobat menjadi Sultan Perak ke 34, sesudah telah menimpa Raja Azlan dan keluarganya.Berlakulah kejadian aneh yang amat menakutkan baginda berdua suami isteri.Apabila terjaga keesokan harinya selepas bemalam buat kali pertamanya di Istana Iskandariah, Raja Azlan mendapati dirinya bukan tidur diatas katil didalam bilik,Tetapi berada diatas rumput dihalaman istana setelah Jin Pendaulat Megat Chandin memindahkan baginda keluar kerana baginda bukanlah anak raja sebenar.

Begitu juga dengan Toh Puan Bainun Mohd Ali telah diletakkan dalam kamar mandi sehingga pintunya tidak dapat dibuka. Demikian yang menimpa keatas pasangan diraja yang telah diketahui umum bukan raja sebenar. Kebanyakan rakyat tahu cerita ini ketawa dan mengumpat dari mana datangnya Raja Azlan tiba-tiba dinobat sebagai sultan.


Sehari selepas kejadian aneh yang menakutkan itu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib dipanggil mengadap segera. Ramli Ngah Talib telah diarahkan untuk menyediakan sebuah rumah lain yang sesuai dijadikan Istana Rasmi. Secara kebetulan, ketika itu ada sebuah rumah banglo besar satu tingkat milik kerajaan sedang kososng selepas perpindahan Pegawai Kanan dan rumah tersebut digunakan dulu sementara kerja-kerja pengubahsuaian dibuat.


Rumah tersebut terletak di Jalan Kinta, Ipoh dan akhirnya kerja-kerja ubahsuai telah siap yang kemudiannya dinamakan "Istana Kinta" sebagai kediaman rasmi Sultan Azlan yang tidak berdaulat.


Istana Iskandariah Kuala Kangsar akhirnya dibiarkan begitu saja tanpa penghuni setelah pasangan Diraja tersebut cabut lari kerana dikejutkan dengan kejadian aneh yang tidak diundang datang. Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping juga dirobohkan atas perintah Sultan Azlan untuk melenyapkan sejarah hidunya semasa kecil.


Sekarang, rakyat sudah mengetahui mengapakah Sultan Azlan dan keluarga diraja tidak pernah lagi bermalam di istana Iskandariah. Mereka akan hadir untuk upacara rasmi kerajaan dan pulang ke Istana Kinta, kerana Jin Megat Chandin Istana Iskandariah tidak akan membenarkan Sultan Azlan bermalam disana.

SULTAN AZLAN SHAH MENGHILANGKAN DIRI?



          Zambry angkat sumpah Menteri Besar Perak

KUALA KANGSAR 7 Mei - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pukul 10.45 pagi ini.

Yang turut berangkat pada istiadat pelantikan itu, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Istiadat pengisytiharan pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak itu turut disaksikan oleh para pembesar negeri, calon-calon BN yang menang serta ketua-ketua jabatan kerajaan di negeri ini.

Raja Nazrin telah memperkenankan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak selaras dengan Fasal (1) dan Fasal (2) Perkara 12 dan perenggan (a) Fasal 2, Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Zambry yang diiringi isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009 selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin, BN menang dengan majoriti mudah di Perak apabila memperoleh sebanyak 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Dalam pilihan raya kali ini, BN berjaya merampas empat kerusi daripada pembangkang iaitu di DUN Changkat Jong, Pasir Panjang, Behrang dan Lubuk Merbau tetapi kehilangan satu kerusi iaitu di Sungai Rapat.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, Zambry melahirkan rasa syukur kerana proses pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar berlangsung dengan aman tanpa sebarang gangguan.

"Saya akan teruskan tanggungjawab ini seperti yang telah diamanahkan kepada saya. Selaras dengan tugas dan tanggungjawab ini, saya akan melaksanakan dasar-dasar yang telah kita letakkan melalui Perak Amanjaya dan terus berkhidmat kepada rakyat jelata," katanya.

Ditanya mengenai tiada seorang pun ADUN pembangkang menghadiri majlis pelantikan tersebut, Zambry berkata, beliau tidak tahu sama ada mereka memboikot atau sebaliknya kerana semua telah dijemput untuk hadir.

"Berdasarkan pengumuman mereka semalam, mereka menerima keputusan dibuat oleh rakyat Perak. Keputusan pilihan raya tidak seharusnya dipolitikkan lagi kerana pilihan raya sudah berakhir dan ini masa untuk kita meneruskan agenda kepimpinan dan pembangunan negara," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar memberitahu, beliau akan mengumumkan senarai nama barisan Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapat perkenan Pemangku Raja Perak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130508/px_09/Zambry-angkat-sumpah-Menteri-Besar-Perak#ixzz2aMaTmcvD
© Utusan Melayu (M) Bhd