SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Tuesday 23 June 2015

KEGEMARAN ZIARAHI MAKAM LAMA

KEGEMARAN MENZIARAHI 
MAKAM-MAKAM LAMA
SESAT 
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN

MAKAM DIRAJA KESULTANAN SELANGOR DARUL EHSAN

RAJA LUMO IBNI DAENG CELAK (DAENG PALI)
SULTAN SALLEHUDDIN SHAH
Sultan Selangor Pertanma (1743-1778)

RAJA IBRAHUM
SULTAN IBRAHIM SHAH
Sultan Selangor ke-2 (1778-1826)

RAJA MUHAMMAD
SULTAN MUHAMMAD SHAH
Sultan Selangor ke-3 (1826-1857)

Berdasarkan catitan sejarah, Keturunan Raja Bukit Malawati tidak lagi mewarisi pemerintahan di Selangor selepas kemangkatan Sultan Muhamad Shah (Marhum Bukit Malawati), Pada tahun 1857 Takhta kesultanan Selangor dipangku oleh Raja Abdul Samad dan berakhirlah warisan sebenar sepatut merajai Raja Kesultanan Bugis di Bukit Malawati,Kuala Selangor.

Kuasa pemerintahan diperolehi daripada perlantikan Orang-Orang Besar istana ketika itu. Pada masa itu Raja Abdul Samad telah diberi kuasa memangku hak Raja Mahmud Shah selepas kemangkatan DYMM Sultan Muhammad Shah (Marhum Bukit Melawati) Raja Abdul Samad dilantik sebagai Sultan Selangor ke-4 memangku hak putera baginda yang bernama Raja Mahmud Shah (Putera Gehara) yang ketika itu masih berumur 11 tahun Putera baginda juga telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor berlaku pada tahun 1857.Namun begitu,Jawatan Raja Muda pada masa itu,Dipangku oleh Raja Jumaat Lukut iaitu anak Raja Arifin Yamtuan Muda Riau ke-6 pada tahun 1806-1831. Oleh kerana timbul rasa tidak puas hati maka berlaku perang saudara oleh Raja Sulaiman anak dari isteri kedua baginda Sultan Muhammad Shah serta cucu baginda Raja Mahadi untuk menentang Raja Abdul Samad. Di dalam peperangan itu Raja Abdul Samad telah melarikan dirinya ke tempat bernama Jugra. Raja Muda Mahmud Shah merajuk meninggal istana dan menghilangkan diri bagi mendapatkan perlindungan. Tempat yang dituju oleh Baginda adalah Kerling di Hulu Selangor dan seterusnya baginda memilih tempat yang bernama ke Tanjung Tualang di dalam negeri Perak. Bertujuan untuk menyembunyikan diri daripada pengetahuan umum Baginda telah menukar nama mengelak daripada dikesan.


Kota Melawati terletak di atas sebuah bukit di belakang Pekan Kuala Selangor
dan bukit tersebuat dikenali sebagai "Bukit SElangor"


Menempat jenazah 3 orang Sultan terawal Selangor.Makam ialah Sultan Selangor 
pertama Sultan Salehuddin memerintah 1766-1782.




Makam Yang Mulia Almarhuma Tengku Ampuan Basik Binti Arung Temojung 
Isteri kepada Sultan Muhammad Shah Sultan Selangor ke-3(1826-1857)









           

__________________________________________________________________________

SESAT
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN

MENZIARAHI MAKAM SULTAN MAHMUD SHAH (1)
(MARHUM MANGKAT dI KAMPAR RIAU)

SULTAN MELAKA-RIAU KE-8 (1488-1528)


Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada putera sulungnya, Sultan Ahmad Shah. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera tetapi anakandanya, Raja Alauddin II tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah, Raja Muzaffar III, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan baginda mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528.



 



_________________________________________________________________________________

SESAT
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN

MAKAM DIRAJA KESULTANAN MELAKA DI BINTAN
MENZIARAHI MAKAM SULTAN AHMAD SHAH 1 IBNI AL-MARHUM SULTAN MELAKA KE-9 (1488-1511) BAGINDA MERUPAKAN SULTAN KE-9 MELAKA
 (1516-1528) DI MAKAMKAN BUKIT BATU,BENTAN,KEPULUAN,RIAU,INDONESIA.





SETERUSNAYA MENZIARIHI MAKAM PANGLIMA LAKSAMANA HANG TUAH
DI KAKI BUKIT BENTAN,KEPALAUAN RIAU,INDONESIA









________________________________________________________________________________

MAKAM DIRAJA KESULTANAN BINTAN ABAD 10-11
MENZIARAHI MAKAM RAJA ISKANDAR SHAH PERMAISURI ISKANDAR SHAH
DAN WAN SRI BENI





_____________________________________________________________________________

ZIARAHI MAKAM DI RAJA BRUNEI DARUSSALAM 
PERJALANAN TANPA SEMPADAN KEARAH KEBANGKATAN ISLAM 
AKHIR ZAMAN ....KETIKA BERADA DI TANAH BRUNEI DARUSSALAM
PADA :12 FEBRUARI 2015






 
 
______________________________________________________________________________

PADA:20 JULAI 2015 MENZIARAHI MAKAM ANAKDA DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH, YM RAJA PUTERI NOR RUHAIDA IBNI DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH...AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA...DILAHIRKAN PADA:18.8.1987 DAN MANGKAT PADA 10.6.2006..
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN BERSAMA2
 ORG YG BERIMAN AMIN AMIN AL FATIHAH