SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SURAT PENGITIRAFAN MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)


SURAT PENGITIRAFAN
 MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)







MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)

TARIKH                    : ISNIN, 25 NOVEMBER 2013
RUJUKAN ICJ        : SIGL.BOE/LANTIKAN DIRAJA/88888888-92/UTRC

UNTUK PERHATIAN: D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH

PERKARA: SURAT PENGESAHAN KEDAULATAN, GERAN HAK PENTAULIAHAN MENURUT PERUNDANGAN SELAKU “SULTAN MELAKA YANG BERDAULAT, JUGA DISEBUT MALACCA’ DAN PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI TETAP SWISS INTERNATIONAL GROUP LIMITED (SIGL) OLEH MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICJ) ANGKATAN PARAMILITARI NATO ONAN KUMPULAN BANK DUNIA, SISTEM BANGSA-BANGSA BERSATU.

KEHADAPAN YANG BERBAHAGIA TUAN YANG TERUTAMA DYMM SULTAN MELAKA, MALACCA’.

BAHAWASANYA, ORGANISASI SEJAGAT KRUSHUNA PRAVOSTA DIRAJA MEWAR WINDORS, SYARIKAT KEMAHKOTAAN KEDAULATAN DIRAJA DAN ORGANISASI PEREKHIDMATAN PERUNDANGAN, SWISS INTERNATIONAL GROUP LIMITED (SIGL), MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICJ) BERPEJABAT DI THE HAGUE, BELANDA DENGAN INI MENGIKTIRAF ANDA SECARA PERUNDANGAN DAN KEAHLIAN TETAP KEDALAM KUMPULAN ICJ, ANGKATAN PARAMILITARI NATO OTAN KUMPULAN PEMBANGUNAN BANK DUNIA DAN SISTEM PENGESAHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, DENGAN INI MENGIKTIRAF , YANG BERBAHAGIA, TUAN YANG TERUTAMA RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MAHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH, DI BAWAH KUASA PERUNDANGAN MAHKAMAH DUNIA, ICJ SEBAGAI- PEWARIS SAH DAN BERHAK SEBAGAI SULTAN MELAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT MALACCA’, SEPERTI MAKLUMAT YANG TERSEBUT DIBAWAH YANG DIREKODKAN DENGAN RANGKAIAN PERSIJILAN ICJ UNIVERSAL TRUS RATING DAN ARKIB MAINFRAME ELEKTRONIK.

NAMA DAN MAKLUMAT           :          
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN MUHAMMAD SHAH (1) SULTAN PERAK KE-22(1851-1857)

TARIKH LAHIR                 :           25.12.1957

TEMPAT DILAHIRKAN   :           IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

NEGERI                                :           PERAK DARUL RIDZUAN

KERAKYATAN                  :           MALAYSIA

PENDIDIKAN                      :           IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL

TELEFON/FAX                   :           603-61867727             FAX: 603-61867727

TELEFON BIMBIT             :           016-9777727

NAMA BAPA                       :          
RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA ALANG MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

NAMA IBU                           :           RAJA WAN CIK OU BINTI HITAM WAHAD

SALASILAH
KEKELUARGAAN                        :          
RAJA SULTAN PERAK (1) SULTAN MUZAFFAR SHAH (1) 1528-1569 HINGGA KEPADA DYMM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1) (MARHUM DURIAN SEBATANG) – SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

GELARAN DIRAJA           :
DYMM SULTAN AHMAD SHAH (II) @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI  AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH

ANUGERAH                                    :
PUSAKA TAHTA D.Y.M.M. PADUKA SRI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1) (MARHUM DURIAN SEBATANG) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857).
PPJP (JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN)1985,
D.K. (DARJAH KERABAT KERATON SURAKARTA HADININGRAT YANG AMAT TERBILANG ) 2008
D.K.T. (DARJAH KERABAT TERTINGGI KANJENG PANGERAN ADIPATI YANG MEMBAWA GELARAN: PANGERAN SENTANA) 2010

IBU PEJABAT                     :
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA  TUAH SHAH
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM –
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

NO.36-1, JALAN BPM, BUKIT PIATU MUTIARA, MELAKA
DENGAN KESAHIHAN ANUGERAH BERGELAR DAN PENGIKTIRAFAN YANG SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG DAN KEDAULATAN SEBAGAI SULTAN MELAKA; MALACCA’,- PENGIKTIRAFAN PERUNDANGAN ANTARABANGSA DAN KEAHLIAN KE DALAM KUMPULAN ICJ, MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA (ICC), SISTEM PEMBANGUNAN BANK DUNIA DAN SISTEM BANGSA-BANGSA BERSATU, YANG BERKAITAN, JIKA ADA, JABATAN PERBENDAHARAAN PERKHIDMATAN ANTARA BANK DAN POTFOLIO KEWANGAN, PERKHIDMATAN AKAUN TERTUNGGAK ANTARA BANK, AKAUN BERAUDIT ATAU TANPA AUDIT, AKAUN SIMPANAN, AKAUN PERIBADI, AKAUN SWEEP, AKAUN TRANSAKSI DI BANK, PENGUASA KEWANGAN, ORGANISASI BADAN KAWAL SELIA KEWANGAN, FIRMA AKAUNTAN BERTAULIAH, YANG SEBELUMNYA DIBAWAH KAWALAN/ KELOLAAN NENEK MOYANG SECARA GENETIK DAN BIOLOGICAL, KINI MENJADI HAK DI BAWAH KEDAULATAN TADBIR URUS DYMM SULTAN  MELAKA BERSAMA WARIS-WARIS YANG TERPILIH/ DILANTIK DENGAN KERJASAMA SIGL, ICJ, MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA (SCM)


DENGAN PENGIKTIRAFAN MENURUT PERUNDANGAN DAN KEAHLIAN INI, D.Y.M.M. SULTAN MELAKA;MALACCA ADALAH AHLI TETAP JAKSA PENDAMAI DENGAN (ICJ)


MENYAMPAIKAN SURAT PENGITIRAFAN 
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ) 
PADA : 28.12.2013




ADALAH DENGAN INI BETA YANG MEMEGANG GELARAN NAMA : DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH, BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICJ) TENTANG TUNTUTAN BETA SEBAGAI SULTAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM KE-44 YANG SAH DAN SALINAN SURAT TERSEBUT TELAH DI HANTAR KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK TIDAKAN SETERUSNYA.......BETA AKAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA UNTUK DIMAKLUMKAN KEPADA UMUM.

SESAT
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN


دولي يڠ مها مليا ڤدوك سري
سولطان احمد شاه @ توانكو راج نور جن شاه
ابن المرحوم يڠ امت مليا راج تواه شه


DULI YANG MUHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH @ 
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG MULIA RAJA TUAH SHAH
Raja Kesultanan Melaka-Melaka Darul Islam-Perak Ke-22 (1851-1857).,
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985.,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
Pangeran Santana)2010.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Sultan Kerajaan Indragiri)2013.,
D.K. (Sultanate Of Sulu Kingdom And North Borneo)2013.,
Surat Pengitirafan Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
Ref:Sigl.Boe/Royal.Appointment.8888888892/Unversal.TrustRating.Certification
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013.,
Dinobat dan Ditabalkan di Keraton Demak Indonesia
(Sebagai Pewaris Sah Raja Kesultanan Melaka)2014.
Muncul Secara Rasmi Pada 13 November 2005
SULTAN MELAKA DARUL ISLAM





Salianan dari Buku :
Mengenal
Perlembagaan
Malaysia
TUN MOHAMED SUFFIAN BIN HASHIM 
MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PRAKATA BAGI EDISI PERTAMA 
_________________________________
BAB 4
RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI

Tiap-tiap sebuah dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai seorang Raja yang turun-temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarasi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-kaedah adat ini, dengan atau tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tiap-tiap Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1) perlembagaan persekutuan, menjamin hak seseorang Raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keitimewaan menurut perlembagaan negeri baginda; tetapi apa-apa pertikaian mengenai hak untuk mewarisi sebagai Raja mestilah ditentukan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa dan dengan apa-apa cara sebagai mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu.

      Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana baginda dikenali sebagi Raja. Di Negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang Dipertuan Besar dan bertidak bagi pihak diri baginda sendiri dan juga bagi bagi pihak Pembesar-Pembesar Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih oleh Undang Sunagai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Apabila baginda mangkat, Undang berempat itu memilih seorang pengganti dari kalangan putera baginda, tetapi para Undang itu boleh, jika mereka fakir bahawa tidak seorang pun yang layak dan sesuai dari kalangan putera baginda, memilih seorang lain yang layak dan sesuai dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki baginda yang Dipertuan Besar yang telah mangkat itu, kemudian kepada ayahanda saudara sebelah bapa baginda dan selepas itu barulah diberi keutamaan kepada orang lain. Jawatan yang Dipertuan Agong, di mana seorang Raja dipilih selama lima tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu adattasi jawatan yang Dipertuan Besar ini.
       Di negeri Perak penganti untuk menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara tiga ketua keluarga: oleh itu apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu lagi ketua keluarga yang kedua dalam susunan penganti) diangkat menjadi Sultan, Raja di Hilir  (Ketua Keluarga Yang satu lagi dan ketiga dalam susunan penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan yang mangkat itu menjadi Raja di Hilir.
       Di negeri –negeri lain, seseorang Sultan yang mangkat digantikan oleh anakanda baginda yang sulung dan masih hidup.
       Seseorang Raja boleh melantik seorang Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja untuk memangku jawatan baginda dalam hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.

      Tiap-tiap sebuah negeri yang bukan negeri Melayu, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, mempunyai seorang seorang yang Dipertua Negeri yang dilantik oleh yang Dipertuan Agong, dan baginda bertidak mengikut budi bicara baginda tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri dari negeri yang berkenaan. Seseorang Yang Dipertua Negeri di lantik selama empat tahun, tetapi boleh meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut usul Dewan Undangan Negeri yang berkenaan, dan disokong dengan undi yang tidak kurang dari dua pertiga daripada jumlah ahlinya. Belum pernah Yang Dipertua Negeri dipecat dari jawatannya.Jika Yang Dipertua Negeri tidak berupaya hendak menjalankan tugas-tugasnya oleh kerana sakit, tidak ada dalam negeri atau oleh kerana apa-apa sebab lain Yang di Pertuan Agong sekali lagi bertidak mengikut budi bicaranya, tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri dari negeri itu, boleh melantik seorang lain (yang layak dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri) untuk menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua Negeri. Seseorang yang bukan warganegara atau seorang warganegara dengan cara naturalisasi atau, bagi Melaka dan Pulau Pinang, dengan cara pendaftaran di bawah Perkara 17 perlembagaan persekutuan, tidak layak dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri. Seseorang Yang Dipertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perushaan perniagaan. Ini bererti bahawa tidak ada pegawai awam yang sedang berkhidmat atau ahli perniagaan, walau bagaimana terkemuka sekalipun, akan dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri atau pemangku Yang Dipertua Negeri. Saraan bagi seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri diperuntukkan oleh undang-undang dan dipertanggungkan kepada kumpulan wang negeri disatukan. Dengan itu ia dikeluarkan daripada perbahasan tahunan dan juga daripada mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Raja Kesultanan Melayu Melaka-Melaka Darul Islam

Raja Kesultanan Melayu Melaka


Dimuat naik oleh CitraTV
"Beta Mahu Hak Beta" - Raja Nor Jan Shah Raja Noor Jan Shah, individu yang menganggap dirinya sebagai Sultan Melaka hari ini 

________________________________________________________________________________

UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA
SULTAN BERDAULAT BERJIWA RAKYAT
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Almu ' tasimu Badlahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(K,elantan)D.K.(Pahang),D.K.S.(Selangor),D.K.(Perlis),D.K.(Negeri Sembilan)D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K. (Perak),D.P.(Sarawak),D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-14
_________________________________________________________________

DULI YANG MAHA MULIA
 Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
 D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


DULI YANG MAHA MULIA  
Paduka Seri Sultan Ahmad Shah II @
Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah
Pewaris Tahta Raja Kesultanan Melaka dan Perak yang sah dari
D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammmad Shah (1) 
(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857).,
P.P.J.P.(Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 200.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : 
Pangeran Sentana)2010.,
 D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Soltan Kradjaan Indragiri) 2013.,
D.K. (Sultanate Of Sulu Kingdom And North Borneo)2013.,
Surat Pengitirafan Dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)(2013).,
Dinobat dan Ditabalkan di Keraton Demak Indonesia
(Sebagai Pewaris Sah Raja Kesultanan Melaka)2014.
MUNCUL SECARA RASMI 13 NOVEMBER 2005

DULI YANG MAHA MULIA 
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'In Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
SULTAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

DULI YANG MAHA MULIA 
Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
SULTAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

DULI YANG MAHA MULIA 
Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj
SULTAN NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM

DULI YANG MAHA MULIA
Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir
YANG DI PERTUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KUSUS

DULI YANG MAHA MULIA 
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN

DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj
SULTAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 

DULI YANG MAHA MULIA 
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
SULTAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

DULI YANG MAHA MULIA 
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghafurullah
SULTAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KE-34
___________________________________________________________________

LANTIKAN OLEH YANG DIPERTUAN AGONG
UNTUK NEGERI-NEGERI 
TIDAK MEMPUNYAI PERAJAAN DI MALAYSIA

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA 
Tun Datuk Seri Mohd Khalil Bin Yaacob

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Tun Dato'Seri Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin 


TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SERAWAK
Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
_______________________________________________________________________

PERHUBUNGAN DENGAN RAJA-RAJA DALAM NEGERI DAN LUAR NEGARA 

DYMM Puduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah
Bersama 
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

DYMM Puduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah
Bersama 
DYMM ISKS Pakoe Boewono XIII
Karaton Surakarta Hadiningrat,Baluwarti-Solo,Indonesia

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI AHMAD SHAH @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
Mewarisi Keturunan Raja Parameswara Iskandar Shah Melaka (1400-1414).,
Raja Kesultanan Perak Ke-22 (1851-1857).,
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985.,

D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.



Kunjungan Hormat dari DYMM Sultan Raja Mohammad Ghamar Mamay Hasan AbduRajak dan Queen Maria Makiling Helen Fatima Nasaria Panolino Abdurajak 
ke pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ 
Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah
di Taman Sri Gombak,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan pada 29.10.2013 Jam 2 petang
_______________________________

Salianan dari Buku :
Mengenal
Perlembagaan
Malaysia
TUN MOHAMED SUFFIAN BIN HASHIM 
MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PRAKATA BAGI EDISI PERTAMA 
Seseorang warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai perlembagaan negaranya, dan saya fikir buku yang sederhana ini akan dapat membantunya. Mungkin juga sia-sia baginya untuk membaca teks perlembagaan yang ditulis dalam bahasa undang-undang. Malahan seorang peguam pun mendapati sukar hendak memahami teks asal itu, kecuali jika dia secara kebetulan menjadi seorang pakar undang-undang perlembagaan, dan jumlahnya pula tidaklah begitu ramai. Hakikat begini sememangnyalah disebabkan oleh para peguam yang lebih cenderung menumpukan perhatian kepada bidang-bidang undang-undang yang bersifat mata pencarian.
       Saya menulis buku ini dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya dapat dibaca oleh beberapa ramai orang di luar universiti dan di luar bilik mahkamah. Saya berusaha menghuraikan perlembagaan dengan cara yang mudah difahami, kerana saya dapati bahawa rakyat biasa hanya ingin mengetahui tentang apakah berbagai peruntukan yang terdapat dalam perlembagaan itu. Supaya buku ini tidak begitu tebal, saya tidak memasukkan segala perbutiran sejarah, kecuali di mana saya fikif bahawa dengan memberi sedikit mahkamah latar belakang, ia dapat membantu menjelaskan lagi sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi saya tidak melihatkan diri dengan membuat kritikan dan spekulasi; ini bukanlah kerana saya berpendapat bahawa setiap peruntukan perlembagaan adalah bebas daripada kelemahan, tetapi kerana sifat jawatan saya yang menyekat saya daripada berbuat demikian. Tidaklah diingini jika seorang hakim melibatkan dirinya terlebih dahulu dalam perkara-perkara yang mungkin akan dibawa ke hadapannya secara rasmi untuk diambil keputusan dalam mahkamah kelak. Sekiranya terdapat pendapat yang diberikan dalam buku ini, ia tidak semestinya bermakna bahawa saya akan terus juga mengikut nya setelah mendengar hujah-hujah yang bertentangan. Saya patut juga terangkan bahawa sungguhpun naskhah asal buku ini (dalam bahasa Inggeris) diterbitkan oleh Pencetak Kerajaan, buku ini bukanlah sebuhah buku kerajaan. Bukalah juga Kerajaan yang meminta saya mengarang buku ini. Rakan-rakan saya di luar Kerajaan yang menyarankan saya dan mereka menyatakan betapa perlu dikarang sebuah seperti ini oleh seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kerja menerangka perlembagaan. Bagaimanapun, mereka akan berasa kecewa jika mereka mengharapkan sebuah buku tebal yang bercorakilmiah.
          Buku ini telah siap disediakan untuk dicetak oleh penerbit lain pada bulan April 1969, tetapi penerbitannya terpaksa ditangguhkan kerana peristiwa 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa tersebut, adalah nyata dari berbagai kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh para pemimpin parti dan para pemimpin masyarakat yang menjadi anggota Majlis Perundingan Negara bahawa beberapa peruntukan perlembagaan haruslah dipinda supaya perkara-perkara sensitif tidak boleh dibincangkan secara terbuka di khalayak ramai. Parlimen telah pun membuat pindaan tersebut dalam mesyuaratnya yang pertama dapa awal tahun 1971. Selepas sahaja pindaan tersebut diluluskan, saya mula pula menyemak serta mengemaskinikan teks asal saya ini.
    
Bagaimanapun, pihak Kerajaan tidak pernah melihat teks buku ini sebelum diterbitkan. Oleh itu tidak boleh dianggap bahawa Kerajaan bersetuju dengan apa-apa pendapat yang dinyatakan dalam buku ini.
       Dalam sebuah buku yang dikarang di tengah-tengah kesibukan hidup, memanglah kena pada tempatnya jika di kenangkan segala pertolongan dan nasihat yang diberikan oleh Dr. Bashir A.Mallal, Encik S. Jayakumar dan Encik Stephen T.H. Goh; mereka telah memberi cadangan untuk memperbaiki lagi buku ini dan menolong saya mengelakkan kekhilafan. Saya juga mendapat
Pertolongan daripada anggota-anggota perkhidmatan awam yang telah menyemak fakta-fakta dan angka-angka yang dinyatakan dalam buku ini, dan kebanyakannya dipetik dari dokumen yang disiarkan serta juga dari kenyataan dalam parlimen dan akhbar. Disebabkan mereka itu adalah para pegawai yang masih berkhidmat, rasanya eloklah tidak disebutkan banyak sangat nama.Saya sebutkan setengah-setengah nama pada catatan bawah di tempat-tempat yang berkenaan. Walau bagaimanapun, Saya patut sebutkan di sini pertolongan yang tidak ternilai yang diberikan oleh Encik Santa Sing dan Encik S. Sivaswamy dari Jabatan Peguam Negara.
      Dalam mahkamah pula, saya dibantu dengan cekapnya oleh setiausaha saya, Encik Wong Yik Ming; oleh Puan Wee Kim Swee, Cik Fatimah binti Noordin  dan Cik Hasnah binti Kasim yang dengan cepat dan dengan perasaan riang menaip dan menaip semula banyak draf; dan Encik Mohd. Said bin Hasan yang dengan cepat mencarikan untuk saya apa-apa buku dan enakmen yang  saya perlukan.
       Saya juga terhutang budi kepada Encik Mohamed Daud bin Abdul Rahman, Pencetakan Kerajaan, kerana kesabarannya. Tugasnya menjadi bertambah sukar lagi kerana saya terpaksa menyerahkan kepadanya draf  buku ini bukan dengan sekaligus, tetapi hanya beberapa bab-bab itu siap.

Akhirnya, saya suka mengucapkan terima kasih kepada isteri saya, Bunny, kerana galakan yang diberinya, Tanpa dorongan serta gesaan yang meriangkan darinya, adalah diragukan jika buku ini akan dikarang.

Mahkamah Persekutuan,                                                                  Tan Sri Mohamed Suffian
Kuala Lumpur,
12 November 1971.

BAB 1
PENDAHULUAN

Malaysia, sebagai suatu entiti politik, mula wujud pada 16 September 1963, ditubuhkan dengan menyatukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada masa itu dengan Singapura, Borneo Utara (sekrang dinamakan Sabah) dan Sarawak.Persekutuan yang baru ini dinamakan Malaysia ia terus berada dalam Komanwel sebagai sebuah Negara merdeka. Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah perpisah dengan Malaysia dan menjadi sebuah repoblik merdeka dalam komanwel. Oleh itu, Malaysia sekarang ialah sembilan persekutuan yang terdiri dari 13 buah negeri, iaitu sembilan buah Negeri Melayu di Semenanjung Malaysia ( Johor,Kedah,Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terenganu) serta bekas Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang) dan Sabah serta Sarawak.

       Malaysia adalah sebuah  Negara pemerintahan beraja yang berperlembagaan. Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda ialah seorang Sultan yang dipilih oleh Raja-Raja Melayu untuk memegang jawatan tersebut selama lima tahun dan baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Kerajaan. Malaysia mempunyai Parlimen yang mengadungi dua buah dewan, iaitu Dewan Negara yang mempunyai 68 orang ahli (26 orang ahli dipilih dari 13 buah Dewan Undang Negeri, 2 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Wilayah Persekutuan, dan 40 orang lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong) dan Dewan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 154 orang, 114 daripada mereka adalah dari Semenanjung Malaysia, 16 dari Sabah dan 24 dari Sarawak. Pilihanraja bagi Dewan Rakyat diadakan pada tiap-tiap lima tahun sekali berdasarkan hak mengundi bagi orang-orang dewasa, dan tiap-tiap kawasan pilihraja memilih seorang wakil rakyat. Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri hanya tersendiri dari ahli-ahli badan perundangan itu sahaja dan adalah bertanggungjawab secara kolektif kepada parlimen. Di Negeri-Negara Melayu, kedudukan Raja kekal seperti  seperti sebelum merdeka dahulu, kecuali baginda tidaklah lagi boleh, pada amnya, menjalankan tindakan yang berlawanan dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negari (Jemaah Menteri Negeri). Tiap-tiap sebuah negeri yang lain itu pula diketuai oleh seorang Yang Dipertua Negeri yang dilantik  oleh Kerajaan Persekutuan untuk memegang jawatan tersebut selama empat tahun.Yang Dipertua Negeri juag hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Tiap-tiap negeri mempunyai sebuah badan perundangan dan pilihanraya baginya diadakan tiap-tiap lima tahun. Memandangkan betapa kecilnya Negara kita ini, badan kehakiman (kecuali Mahkamah Syariah, dan di Sabah dan Sarawak, mahkamah bumiputera) adalah seluruhnya di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, dan para hakim Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Persekutuan, yang sebelum merdeka dahulu memegang jawatan selama ynag diperkenankan, adalah bebas dan tidak boleh dilucutkan dari jawatan mereka sebelum mencapai umur 65 tahun, iaitu umur bersara yang diwajibkan, kecuali jika diperakukan supaya dilucutkan jawatan oleh sebuah tribunal yang mengandung sekurang-kurangnya lima orang hakim dan bekas hakim. Para hakim mempunnyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan. Kuasa ini tidak ada pada mereka sebelum merdeka dahulu. Mereka juga mempunyai kuasa untuk mengisytharkan sesuatu undang-undang sebagai tidak sah dan sesuatu perbuatan atau tindakan pihak pemerintah sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
SEJARAH RINGKAS
Negeri-Negeri Melayu
  
Negeri Perak yang dahulunya berada di bawah naungan British, telah menerima seorang wakil British menurut perjanjian tahun 1874, yang dikenali sebagai Triti Pangkor.

Dalam tahun 1874 pegawai-pegawai British telah dihantar untuk menolong Sultan Selangor dalam pemerintahan negeri itu terutama sekali bagi melindungkan nyawa dan harta benda. Sungai Ujong (Salah Sebuah daripada sembilan buah negeri kecil yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan) telah menjadi sebuah negeri di bawah naungan British dalam tahun 1874, dan Pahang pula dalam tahun 1887. Negeri-negeri yang kemudiannya dinamakan Negeri Sembilan telah membuat perjanjian penaungan dalam tahun 1889. Empat buah negeri, iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah bersatu untuk menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895, iaitu persekutuan yang pertama diwujudkan di Semenanjung.

      Dalam tahun 1909, mengikut suatu triti, Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan, pentadbiran dan penguasaan yang ada pada mereka bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Great British. Seorang  Penasihat British kemudian dilantik bagi tiap-tiap sebuah daripada empat buah negeri tersebut. Negeri Johor telah bersetuju untuk menerima seorang penasihat British dalam tahun 1914. Kelima-lima buah negeri tersebut terus berada di luar persekutuan sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua masing-masing mempunyai badan perundangan, pemerintahan, kehakiman dan sebagainya, sungguhpun pegawai –pegawai British boleh ditukar-tukarkan dari sebuah negeri ke negeri. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1895 merupakan sebuah persekutuan yang longgar. Berlainan daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 yang ditibuhkan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dan dikenali sebagai perlembagaan 1948, Triti Persekutuan, 1895 hanya mempunyai lima fasal sahaja dan panjangnya tidak pun sampai dua muka surat bercetak (Berbanding dengannya Perjanjian Persekutuan, 1948 mengandungi 156 fasal dan panjangnya ialah 80 muka surat bercetak, dan perlembagaan 1957 yang ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, mengandungi 181 perkara dan panjangnya ialah 135 muka surat bercetak. Perlembagaan Melaysia yang sekarang pula disasarkan kepada Perlembagaan 1957 dengan pindaan-pindaan dan dicetak semula dalam tahun 1968 setebal 206 muka surat bercetak. Triti Persekutuan 1895 tidak menentukan Kuasa kuasa Persekurtuan  mahupun kuasa-kuasa tiap-tiap sebuah daripada empat buah negeri anggota Persekutuan itu, tetapi ia buat pertama kali menetapkan suatu prinsip baru, iaitu persetujuaan Raja-Raja Melayu hendaklah diprolehi untuk memberi kepada negeri-negri dalam Persekutuan yang memerlukan bantuan tenaga manusia, kewangan atau lain-lain nya sebagaimana yang boleh disyorkan oleh Kerajaan British. Ini adalah suatu perubahan besar daripada apa yang biasa berlaku pada masa yang lampau manakala seorang Raja hanya menitikberatkan hal ehwal rakyat negeri baginda sahaja.
       Walau bagaimanapun, Majlis Undangan Persekutuan tidak ditubuhkan sehingga perjanjian tahun 1909 dibuat. Pada mulanya Majlis tersebut hanya mengandungi ahli-ahli yang terdiri dari Persuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, keempat-empat orang Raja, keempat-empat orang Residen British dan empat orang ahli tidah rasmi yang dilantik oleh
Persuruhjaya Tinggi dengan persejuan Kerajaan British. Perjanjian tahun 1909 pun amat
ringkas (ia hanya mengandungi sebelas fasal dan panjangnya tidak pun sampai tiga muka surat bercetak) dan ia berlainan daripada perlembagaan  sekarang menyenaraikan  hal perkara persekutuan, hal perkara negeri dan hal perkara bersama ia hanya menyatakan bahawa undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri akan terus berkuatkuasa sepenuhnya dalam negeri itu kecuali setakat mana undang-undang itu bercanggah dengan peruntukan mana-mana undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undang Persekutuan, dan bahawa apa-apa persoalan mengenai hal ehwal agama Islam, masjid, pencen politik,orang besar jajahan dan penghulu, serta apa-apa persoalan lain yang pada pendapat Perseruhjaya Tinggi menyentuh hak dan prerogatif mana-mana Raja atau yang kerana sebab-sebab lain,  difikirkan oleh Persuruhjaya tinggi patut diuruskan oleh Majils Undang Negeri sahaja, hendaklah direzabkan secara ekslusif kepada Majlis Undangan Negeri.

       Sayugia diingatkan bahawa sungguhpun dalam mukadimah dinnyatakan bahawa Raja-Raja berhasrat supaya diadakan cara bagi mendapatkan persetujuan bersama mengenai perkara-perkara yang menpunyai kepentingan bersama bagi persekutuan atau yang melibatkan lebih daripada sebuah negeri dan bagi membuat undang-undang yang sempurna yang dimaksudkan untuk berkuatkuasa di seluruh persekutuan atau dalam lebih daripada sebuah negeri, namun persetujuaan itu tidak pun menyatakan di dalamnya bahawa selepas itu hanya Majlis Undangan Persekutuan sahaja yang berkuasa untuk memperbuat undang-undang yang dimaksudkan untuk dikuatkuasa di seluruh persekutuan atau di dalam lebih daripada sebuah negeri. Hal ini tidak dilakukan sehingga Triti 24 April 1927. Mengikut Triti ini, keempat-empat orang Raja itu tidak lagi menyertai secara aktif dalam hal  ehwal Majlis Undang Persekutuan, dan Majlis itu dengan nyata diberi kuasa untuk meluluskan semua undang-undang yang dimaksudkan untuk dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Triti 1927 juga memperuntukan bahawa mana-mana undang-undang yang telah diluluskan atau kemudiannya dikuatkuasa di dalam negeri itu kucuali setakat mana ia bercanggah dengan peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan sekali lagi, terdapat kekecualian mengenai persoalan yang berhubong dengan hal ehwal agama Islam, masjid, pencen politik, orang besar jajahan dan penghulu, serta apa-apa persoalan lain yang  pada pendapat Persuruhjaya Tinggi patut diuruskan oleh Majlis Undangan Negeri sahaja; persoalan-persoalan ini di rezabkan secara eksklusif kepada Majlis Undangan Negeri.
       Susunan atau perkiraan mengenai kewangan bagi Negeri –Negeri Melayu Bersekutu juga tidaklah rumit. Triti 1885 tidak menyebut langsung tentang hal ini, dan Triti 1909 pula memperuntukkan bahawa draf anggaran pendapatan hasil dan perbelanjaan bagi tiap-tiap buah negeri hendaklah dipertimbangkan oleh Majlis Undangan Persekutuan, tetapi hendaklah disampaikan kepada Majlis Undangan Negeri sebaik sahaja anggaran tersebut dicetak. Triti 1927 menghuraikan hal ini seperti berikut: ‘‘ Anggaran Perdapatan Hasil hendaklah dikemukakan kepada Majlis Undang Persekutuan dan semua perbelanjaan hendaklah dipersetujui oleh Majlis mengikut ketetapan atau rang Undang-Undang Bekalan; dengan syarat bahawa Majlis boleh, mengikut ketetapan, memperuntukkan kepada tiap-tiap buah negeri sejumlah wang perbelanjaan secara pukal setiap tahun untuk dibelanjakan tanpa merujuk lagi kepada Majlis bagi perkhidmatan seperti yang dikehendaki dilakukan dari semasa ke semasa.’’
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terus wujud hingga serangan Jepun dalam bulan Disember 1941. Negeri-negeri Melayu yang lain tidak memasuki persekutuan kerana khuatir bahawa semua kuasa mereka akan dirampas oleh British. Tiap-tiap negeri terus menjalankan pemerintahannya secara bersendirian, sungguhpun terdapat juga sedikit sebanyak pernyelarasan di kalangan  mereka sesama sendiri dan juga di antara mereka dengan persekutuan kerana kakitangan ekspatriat yang menjalankan pentadbiran boleh ditukar-tukarkan, dan semua negeri itu ( termasuk Negeri-Negeri Selat) tunduk kepada seorang  Ketua yang sama di Singapura, iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat yang juga menjadi Perseruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Negeri-Negeri Selat

Beralih pula kepada Negeri-Negeri Selat, kita dapati bahawa dalam tahun 1786 negeri Kedah telah ‘‘ menyerahkan’’ Pulau Pinang (yang dikenali buat beberapa lama sebagai Prince of Wales Island) kepada Syarikat Hindia Timur. Dalam tahun 1819 syarikat itu telah memperolehi hak untuk mendirikan stesen perdagangan di pulau Singapura, dan dalam tahun 1824 memperolehi kedaulatan sepenuhnya ke atas pulau itu secara penyerahan wilayah daripada Sultan Johor. Seterusnya, dalam tahun 1824 syarikat itu telah memperolehi negeri Melaka daripada Kerajaan British. Negeri Melaka yang ditawan oleh Portugis dalam tahun 1511 dan lebih kurang 125 tahun kemudian ditakluki pula oleh Belanda telah beberapa kali bertukar tangan semasa, dan berikutan dari, Perang Napoleon apabila Belanda mendapati dirinya menyebelahi Perancis. Negeri Melaka telah diduduki oleh British dalam tahun 1795, kemudian dikembalikan semula kepada Belanda dalam tahun 1801, diduduki semula oleh British dalam 1807, dikembalikan semula kepada Belanda di bawah Triti Vienna dalam tahun 1814 dan akhir nya dipulangkan semula kepada British mengikut Triti Holland (yang juga dikenali sebagai Triti London’) dalam tahun 1824 dan dengan itu Kerajaan British telah menyerahkan kepada Syarikat Hindia Timur.
       Oleh yang demikian, menjelang tahun 1824, Syarikat Hindia Timur memilliki tiga buah negeri di Tanah Melayu, dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.
       Berbagai-bagai perubahan telah berlaku dalam pentadbiran Negeri-Negeri Selat. Dari tahun 1786 hingga 1805, Pulau Pinang ditadbirkan sebagai sebuah residensi di bawah Presidensi Benggla, tetapi dalam tahun 1805 ia telah dinaikkan ke taraf Presidensi, menjadi Presidensi Timur. Dari tahun 1819 hingga tahun 1823, Singapura berada di bawah bidang kuasa Bangkahulu di Sumatera (yang menjadi sebuah presidensi dalam tahun 1763) tetapi dari tahun 1823 hingga tahun 1826 ia ditadbir secara langsung oleh Gabenor-Jeneral India. Melaka juga adalah secara langsung ditadbirkan di bawah Gabenor Jeneral India dari tahun 1824 hingga tahun 1826.
       Dalam tahun 1826 Singapura dan Melaka dicantumkan dengan Pulau Pinang dan ia menjadi sebahagian daripada Presidensi Timur. Tetapi dalam tahun 1830, Presidensi Timurdibubarkan dan Negeri-Negeri Selat sekali lagi menjadi sebuah Presidensi di bawah Presidensi Benggala. Dalam tahun 1823 ibu Negeri-Negeri Selat dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura. Dalam tahun 1851 Negeri-Negeri Selat tidak lagi berada di bawah bidang kuasa Presidensi  Benggala tetapi ditadbirkan secara langsung oleh Gabenor Jeneral.
       Dalam tahun 1858 pemerintahan yang dijalankan oleh Syarikat Hindia Timur itu telah diganti dengan pemerintahan Kerajaan India British, manakala Negeri-Negeri Selat masih tetap kekal di bawah tadbiran secara langsung oleh Gabenor-Jeneral sehingga tahun 1867 apabila pentadbirannya dipindahkan daripada Kerajaan India British kepada Pejabat Tanah Jajahan. Menjelang tahun 1941, Negeri-Negeri Selat merangkumi bukan hanya Singapura, Pulau Pinang dan Melaka sahaja, tetapi juga Pulau Labuan (di bahagian utara Borneo) dan Kepulauan Cocos serta Pulau Christmas (di Lautan Hindi).

Borneo

Pulau Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British pada tahun 1846 selepas diserahkan oleh Sultan Brunei, dan menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dalam tahun1866, tetapi dari tahun 1890 hingga tahun 1906 ia ditadbirkan oleh Kerajaan Borneo Utara. Dalam tahun 1841 Sultan Brunei menyerahkan kedaulatannya terhadap Sarawak kepada James Brooke (Raja Brooke). Akhirnya, menjelang tahun 1865 syarikat –syarikat British telah memulakan perniagaannya di Borneo Utara dengan mendapat berbagai konsesi daripada Sultan Brunei, dan dalam tahun 1882 semua konsesi ini dipindahkan kepada Borneo Utara British. Dalam tahun 1888 kedua-dua Sarawak dan Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri naungan dan kekal sedemikian sehingga serangan Jepun dalam tahun 1941.

Perang Dunia Kedua

Kedudukan pada masa serangan Jepun dalam bulan Disember 1941 adalah seperti berikut. Di Borneo terdapat dua buah negeri naungan (Borneo Utara dan Sarawak) selain daripada Brunei. Di Tanah Melayu pula terdapat sembilan buah negeri Melayu yang dinaungi, empat daripadanya bersatu menjadi Negeri-Neger Melayu Bersekutu. Seterusnya terdapat Tanah Jajahan yang terdiri daripada Negeri-Negeri Selat yang mengandungi Singapura, Melaka, Pulau Pinang dan Labuan (di bahagian utara Borneo) dan Kepulauan Cocos serta Pulau Chritmas (di Lautan Hindi).

Tamat Perang Dunia Kedua

Selepas tamat Perang Dunia Kedua apabila Jepun menyerah kalah, dan setelah tempoh pentadbiran tentera British yang singkat itu berakhir, susunan pemerintahan di rantau ini telah di rompak dalam tahun 1946. Syarikat Borneo Utara British melepaskan haknya  ke atas Borneo Utara, dan tanah jajahan Borneo Utara yang baru itu pun ditubuhkan dengan menyatukan Borneo Utara British dengan Pulau Labuan. Raja Sir Charles Brooke telah menyerahkan bidang kuasanya di Sarawak, dan selepas itu Sarawak juga menjadi sebuah tanah jajahan British. Negeri-Negeri Selat dibubarkan dan Singapura menjadi sebuah tanah jajahan yang berasingan.

Kasatuan Tanah Melayu (Malayan Unian) 1946

Negeri Melaka dan Pulau Pinang bercantum dengan sembilan buah Negeri Melayu bagi membentuk Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) yang ditubuhkan pada 1 April 1946. Dalam tempoh pentadbiran tentera British, tiap-tiap seorang Sultan dikehendaki menandatangani suatu perjanjian dengan Sir Harold Macmichael bagi pihak Kerajaan British pada penghujung tahun 1945. Menurut perjanjian ini yang kemudiannya dikenali sebagai Triti MacMichael, tiap-tiap Sultan telah menyerahkan kepada kerajaan British kuasa dan bidang kuasa penuh dalam negeri dan jajahan takluk baginda. Dalam menjalankan bidang kuasa yang diserahkan kepadanya oleh perjanjian ini, Kerajaan British telah membuat Peruntukan bagi mentadbir Tanah Melayu dalam Perintah-dalam Majlis Mesyurat Kesatuan Tanah Melayu, 1946, dan dalam arahan Diraja bertarikh 27 Mac 1946, dan kesemuanya dikenali secara kolektif sebagai perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu. Sebahagian daripada perintah ini mula berjalan kuat kuasanya pada 1 April 1946, manakala yang bakinya tidak pernah berjalan kuatkuasanya langsung dan pada 1 February 1948, seluruh perintah tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan Perintah –da! Majlis –Masyuarat Persekutuan Tanah Melayu yang baru. 1948 yang ditubuhkan  Persekutuan Tanah Melayu baru. Arahan Diraja berjalan kuatkuasanya pada April 1946, tetapi oleh kerana perintah itu tidak pernah berjalan kuatkuasanya dengan sepenuh, ia tidaklah berkuatkuasa dengan sepenuh, dan ia juga telah dibatalkan pada 1 Februari 1948.
       Oleh kerana terdapat tentangan daripada orang Melayu, perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya. Sebab-sebab mengapa orang Melayu menentangnya boleh diketahui dari ikhtisar natijah perlembagaan tersebut yang diberi oleh Lord Linstowel, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, dalam sepucuk surat bertarikh 12 November 1948 yang dihantar kepada Mahkamah Tinggi Singapura, dan satu salinan surat tersebut dilampirkan bersama keputusan kes Tungku Abu Bakar dan orang-orang Lain lwn. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Perlembagaan tersebut mengandungi tiga jenis peruntukan :
(a)              peruntukan-peruntukan kekal yang berjalan kuat-kuasanya;
(b)              peruntukan –peruntukan kekal yang pernah berjalan kuatkuasanya; dan
(c)               peruntukan-peruntukan sementara yang berjalan kuatkuasanya.

Peruntukan Kekal yang Berjalan Kuatkuasanya

Di bawah peruntukan-peruntukan ini, sebuah kesatuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat,
     Iaitu Melaka dan Pulau Pinang, telah ditubuhkan untuk ditadbir dan diperintah oleh seorang  Gabenor yang dilantik oleh Kerajaan British. Kuasa prerogative bagi mengampun di seluruh kesatuan tersebut terletak hak pada Gabenor. Hakim Besar Mahkamah Negara bagi Kesatuan dilantik oleh Baginda King, Great British atau oleh Gabenor atas arahan Baginda King, dan hakim-hakim pula dilantik dengan cara yang sama seperti perlantikan Hakim Besar atau dengan cara lain sebagaimana yang diperuntukkan sama ada dengan peraturan yang dibuat oleh Gabenor atau dengan undang-undang yang dibuat di bawah
perintah tersebut. Perintah tersebut memberi kuasa penuh kepada Baginda King untuk membuat undang-undang melalui Perintah-dalam Majlis-Masyuarat demi menjaga keamanan, ketenteraman dan kebaikan pemerintahan Kesatuan itu. Perintah tersebut adalah tertakluk kepada pindaan atau pembatalan oleh Baginda King.

Peruhtukan Kekal yang Tidak Pernah Berjalan Kuankuasanya

Sekiranya  peruntukan-perutukan ini pernah berjalan kuatkuasanya, kuasa pemerintah yang menyeluruh dalam Kesatuan tersebut akan dijalankan oleh Gabenor, dan beliau akan dinasihatkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang terdiri dari Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan, bersama-sama dengan tujuh orang ahli lain yang akan dilantik oleh Baginda King atau menurut arahan Baginda King. Kuasa perundangan  yang menyeluruh dalam Kesatuan akan terletak hak pada Gabenor, dan beliau bertindak atas nasihat dan persetujuan Majis undangan yang terdiri dari Gabenor, ahli-ahli ex-officio dan ahli-ahli rasmi serta ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor mengikut arahan Baginda King. Kuasa perundangan bagi negeri-negeri dan perkara-perkara yang ditetapkan sebagai bersifat tempatan, atau kuasa-kuasa lain yang diwakilkan oleh Majlis Undangan Negeri yang Terdiri dari Persuruhjaya-Rasiden, ahli-ahli ex –officio, pegawai yang dilantik dan ahli-ahli yang bukan rasmi yang dilantik oleh Gabenor dan ahli-ahli yang dipilih. Majlis Undangan Negeri juga akan mempunyai kuasa pentadbiran tempatan sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh undang-undang Kesatuan atau sebagaimana yang boleh diperuntukkan kepadanya oleh Gabenor-dalam-Majlis. Apa-apa undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri akan berkehendakkan persetujuan Gabenor atau Baginda king; ia boleh dimansuh atau dipinda oleh badan perundangan Kesatuan, dan ia boleh terbatal tanpa permansuhan secara rasmi jika ia bercanggah dengan undang-undang badan perundangan Kesatuan.

      Seorang Sultan, atas nasihat Majlis Penasihat (yang terdiri dari baginda sendiri sebagai yang dipertua dengan ahli-ahli yang dilantik oleh baginda sendiri) akan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi negeri semata-mata mengenai perkara-perkata agama Islam, dan ia tidak melibatkan pengenaan, pengutipan atau remitan apa-apa cukai atau zakat fitrah Rang undangundang yang luluskan oleh Majlis Penasihat Sultan, sebelum boleh ia boleh dipersetujui oleh Sultan, akan berkehendakkan kebenaran Majlis Raja-Raja, iaitu suatu badan yang terdiri dari Gabenor sebagai yang dipertua, Raja-Raja bagi semua negeri komponen Kesatuan dan tiga orang ahli ex-officio.
      Sekiranya timbul apa-apa pertelingkahan antara sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Sultan atas nasihat Majlis Penasihat baginda dengan sesuatu undang-undang Majlis Undangan Kesatuan, hendaklah dipakai.

Peruntukan Sementara yang Berjalan Kuatkuasanya

Sebuah Majlis Penasihat bagi Kesatuan  telah ditubuhkan sebagai suatu keperluan sementara. Majlis ini terdiri dari ketua Setiausaha, Peguam Negara, Setiausaha Kewangan dan ahli-ahli sebagaimana yang boleh dilantik oleh Gabenor. Sementara menunggu penubuhan Majlis Undangan, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang demi menjaga keamanan, Ketenteraman dan kebaikan Perintahan Kesatuan, tetapi sebelum berbuat demikian wajiblah beliau berunding terlebih dahulu dengan Majlis Penasihat. Walau bagaimanapun. Gebenor tidak dikehendaki menerima nasihat majlis tersebut, dan apabila menjalankan kuasa pemerintah yang menyeluruh, beliau juga tidak dikehendaki mendapat nasihat daripada majlis tersebut.
      Patut juga diingatkan bahawa dalam Kesatuan tersebut tidak ada Kerajaan negeri; di tiap-tiap Negeri, pegawai kerajaan yang kanan ialah pegawai tanah jajahan British, iaitu Persuruhjaya-Rasiden, dan tidak ada Menteri Besar atau Setiusaha Kerajaan, dan juga tidak ada badan perundangan negeri. Majlis Penasihat yang diketuai oleh Sultan di negeri baginda hanya mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai hal ehwal agama Islam sahaja. Oleh sebab itu, tidaklah memeranjatkan jika setelah mengetahui selokbelok kandungan Triti MacMichael itu, orang-orang Melayu bangun bersatu untuk menentangnya dan akhirnya Kesatuan tersebut terpaksa dimansuhkan.
      Empat tahun kemudian apabila taraf Sultan Johor dihujahkan dalam Privy Council, Peguam Nagara England yang dijemput sebagai amcus curiae ( penasihat yang tidak berpihak) menyatakan bahawa jika Kesatuan tersebut terus berjalan, ia sudah tentu akan memusnahkan kedaulatan Sultan, kes Sultan Johor lwn. Tuanku Abu Bakar dan Orang lain.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Kerana Kesatuan Tanah (Malayan Union) tidak popular, perjanjian baru yang berasingan telah dirundingkan antara British dengan Raja-Raja Melayu, dan ia membuat peruntukan bagi diadakan pemerintahan Negeri-Negeri Melayu mengikut perlembagaan yang bertulis; ia menubuhkan suatu badan perundangan (dinamakan Majlis Undangan Negeri) dan suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mengkut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, suatu perlembagaan baru telah digubal dan berkuatkuasa mulai 1 Februari 1948, ia menubuhkan sebuah persekutuan yang mengandungi Negeri-Negeri Melayu dan Melaka serta Pulau Pinang dengan sebuah kerajaan pusat yang kuat. Berkenaan dengan Melaka dan Pulau Pinang, Perintah-dalam-Majlis-Mesyuarat Persekutuaan Tanah Melyu, 1948 telah diisytiharkan dan ia memberi perlembagaan bertulis kepada tiap-tiap sebuah Negeri Selat itu, dan dengan yang demikian dalam tahun 1948, kerajaan persekutuan pun terbentuk di Tanah Melayu. Kerajaan ini mengandungi buat pertama kali kesemua sembilan buah Negeri Melayu dan kedua-dua buah Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Tiap-tiap sebuah badan perundangan negeri itu telah mengesahkan Perjanjian Negeri dan juga Perjanjian Persekutuan, 1948 yang baru, dan kedua-duanya diisytiharkan sebagai mempunyai kuatkuasa undang-undang diseluruh negeri-negeri tersebut.
Mukadimah dalam Perjanjian 1948 telah menyatakan tentang hasrat Kerajaan United Kingdom dan Raja-Raja Melayu supaya secara beransur-ansur dicapai kemudian bagi diadakan pemerintahan sendiri. Oleh yang demikian, pilihanraya bagi mengisi 52 kerusi dalam Majlis Undangan Persekutuan yang baru telah diadakan pada bulan Julai 1955, dan ia didasarkan kepada prinsip hak mengundi orang dewasa sejagat bagi semua wanganegara persekutuan dan tiap-tiap Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi dan pemimpin pati tersebut, Tunku Abdul Rahman, menjadi Ketua Menteri.
      Selepas pilihanraya tersebut, telah diberi pertimbangan mengenai langkah selanjutnya ke arah pemerintahan sendiri. Suatu persidangan perlembagaan telah diadakan di London dari 18 Januari hingga 6 February 1956, dan telah dihadiri oleh suatu perwakilan dari Persekutuan yang terdiri dari empat orang wakil Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri Persuruhjaya Tinggi serta penasihat-penasihatnya. Persidangan tersebut mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal suatu perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang penuh berkerajaan sendiri dan merdeka. Cadangan ini telah diperkenankan oleh Baginda Queen dan Raja-Raja Melayu. Berikutan dari itu sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid, seorang Hakim Mahkamah Rayuan yang ternama di England, dan terdiri dari seorang pakar undang-undang perlembagaan dari tiap-tiap sebuah negeri berikut- United Kingdom, Australia, India dan Pakistan-telah dilantik oleh Baginda Queen dan Raja-Raja Melayu. Penulis buku ini ialah salah seorang daripada anggota perwakilan yang diketuai oleh Neil Lawson Q.C., dan telah membuat representasi bagi pihak Raja-Raja Melayu di hadapan suruhanjaya tersebut yang termasuk juga mendiang Sir William lvoi Jennings, seorang pakar undang-undang perlembagaan yang terkemuka, dan beliaulah yang menunjuk ajar penulis pada masa di Universiti Cambridge dahulu.

Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan laporannya yang diterbitkan pada 21 Februari 1957. Kerajaan British, Majlis Raja-Raja Dan Kerajaan Persekutuan kemudiannya melantik sebuah Badan Petugas untuk mengkaji laporan tersebut dengan teliti. Berasaskan syor-syornya perlembagaan Persekutuan yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang, telah  diisytiharkan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957, dan dengan yang demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah Negara merdeka yang berdaulat.
        Jenteru, perlembagaan yang digunakan  bagi memperkuat kuasakan perlembagaan yang yang baru itu terdiri dari-
(a)    di United Kingdon, Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957 bersama dengan Perintah-dalam-Majlis-Masyuarat yang diperbuat di bawahnya;
(b)    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,1957; dan
(c)    Di Persekutuan, Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957, dan (di tiap-tiap buah negeri Melayu) enakmen negeri yang meluluskan dan memberi kuatkuasa undang-undang kepada perlembagaan persekutuan.
      Pada 31 Julai 1957, Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957 yang meluluskan oleh Parlimen British telah memberi kebenaran parlimen kepada baginda Queen Great British untuk membuat perjanjian dengan Raja-Raja Melayu bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah Negara merdeka yang berdaulat. Secara khususnya, Akta itu memberi kuasa kepada Baginda Queen untuk menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa baginda berhubung dengan Negeri-Negeri selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, dan semua kuasa dan bidang kuasa baginda yang lain berhubung dengan Negeri-Negeri Melayu  atau Persekutuan secara keseluruhannya. Akta itu juga memberi kuasa supaya dibuat suatu perjanjian bagi membentuk Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat ke dalam sebuah persekutuan merdeka yang baru di bawah suatu perlembagaan persekutuan.

      Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957 telah ditandatangani antara Persuruhjaya Tinggi British bagi pihak Baginda Queen dengan Raja-Raja Melayu bagi
Pihak yang satu lagi. Perjanjian ini menubuhkan sebuah persekutuan bagi negeri-negeri yang di namakan Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 Ogos 1957 (Hari Merdeka), dan dari tarikh itu Negeri –Negeri Selat tersebut terhenti daripada menjadi sebahagian daripada dominion Baginda Queen, dan Baginda Queen juga terhenti daripada menjalankan apa-apa kedaulatan ke atas kedua-dua negeri tersebut, dan semua kuasa sert a bidang kuasa Baginda Queen atau parlimen British berhubung dengan Negeri-Negeri Selat atau Negeri-Negeri Melayu atau Persekutuan secara keseluruhannya ditamatkan.Dalam perjanjian itu terkadung perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Juga perlembagaan-perlembagaan baru bagi negeri Melaka dan Pulau Pinang.
      Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan untuk memberi kuatkuasa undang-undang kepada Perjanjian tersebut serta ketiga-tiga buah perlembagaan yang terkandung di dalamnya. Tiap-tiap buah Badan Perundangan Negeri Melayu juga meluluskan enakmen negeri bagi menyetujui dan memberi kuatkuasa undang-undang kepada perlembagaan persekutuan.
      Persekutuan Tanah Melayu yang baru memilih untuk terus kekal dalam Komanwel dan diterima masuk menjadi ahli anggota Komanwel.

Malaysia 1963

Kerajaan British bercadang hendak membebaskan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak, dan ia pun mula menadakan rundingan dengan Kerajaan Tanah Melayu dan wakil ketiga-tiga buah wilayah tersebut dengan tujuan untuk memasukkan wilayah-wilayah tersebut ke dalam Persekutuan. Sebuah Suruhanjaya bersama British-Tanah Melayu (dikenali sebagai suruhanjaya Cobbold) telah dibentuk pada bulan April 1962 dan suruhanjaya tersebut  melaporkan bahawa rakyat di Borneo ingin menyetai Persekutuan Tanah Melayu. Di Borneo Utara pilihanraya umum telah diadakan dalam bulan Disember 1962 manakala di Sarawak pula dalam tahun 1963. Filipina dan Presiden Sukarno menentang pembentukan persekutuan yang baru ini dan enggan menerima hakikat bahawa proses menentukan nasib sendiri telah dijalankan dengan betul. Pada masa persidangan kemuncak tiga pihak yang diadakan di Manila dalam tahun 1963, Filipina dan Indonesia mencadangkan supaya dijemput Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu atau wakilnya untuk mempastikan, sebelum pembentukkan Malaysia, hasrat rakyat Sabah dan Sarawak dan mempertimbangkan berkenaan dengan sama ada Malaysia merupakan suatu persoalan yang besar, jika tidak pun persoalan yang utama, dalam pilihanraya itu dan sama ada peraturan pilihanraya yang baru diadakan itu menepati amalan demokrasi ataupun tidak. Kerajaan Tanah Melayu bersetuju dengan cadangan ini. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah menghantar suatu utusan yang berada di Berneo selama lebih kurang tiga minggu bagi menjalankan siasatan yang diperlukan. Hasil siasatan itu telah dilaporkan kepada Setiausaha Agung, dan pada 15 September 1963 beliau mengumumkan dapatannya bahawa majority rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong Malaysia. Dalam persidangan kemuncak yang diadakan di Manila, ketiga-tiga buah kerajaan tersebut telah bersetuju bahawa kesimpulan yang diberi  oleh Setiausaha Agung tidak akan tertakluk kepada pengiktirafan atau pengesahan oleh mana-mana kerajaan yang berkenaan. Mahupun demikian, Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Filifina terus menentang Malaysia.
      Penentangan terhadap Malaysia bukan dibuat oleh kerajaan –kerajaan asing sahaja tetapi juga oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Enam hari sebelum Malaysia dijadualkan lahir, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah meminta dalam kes Kerajaan Negeri Kelantan lwn.Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj untuk  menetapkan bahawa Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia yang menubuhkan Malaysia adalah tidak sah atau sebaliknya tidak terikat kepada negeri Kelantan. Pada 9 Julai 1983, Kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia yang dengannya Singapura, Sarawak dan Borneo Utara akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada (termasuk negeri Kelantan) dan selepas itu Persekutuan tersebut dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan kemudiannya telah meluluskan Akta Malaysia (bentuk rang undang-undang yang dicantumkan kepada Perjanjian Malaysia) untuk meminda Perkara 1 (1) dan Perkara (2) Perlembagaan 1957 yang memperuntukkan, antara lain, bagi kemasukan ketiga-tiga buah negeri yang baru itu dan bagi menamakan semula persekutuan sebagai Malaysia Akta tersebut telah mendapat Persetujuan Diraja pada 26 Ogos dan akan berkuatkuasa pada 16 September 1963. Kerajaan Negeri Kelantan menghujah bahawa Akta tersebut akan memansuhkan ‘‘Persekutuan Tanah Melayu’’ dan dengan itu mencabuli Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, termasuk juga negeri Kelantan, dan persetujuannya tidak pernah diperolehi; bahawa Sultan Kelantan sepatutnya menjadi suatu pihak dalam Perjanjian Malaysia; bahawa konvensyen perlembagaan menghendaki supaya diadakan perundingan dengan Raja dari tiap-tiap buah negeri mengenai perubahan besar yang hendak dibuat kepada perlembagaan; dan bahawa Parlimen Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi negeri Kelantan berkenaan dengan apa-apa perkara yang mengenainya negeri tersebut mempunyai badan perundangannya sendiri.
       Pada 11 September, Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan bahawa, sementara menunggu penyelesaian mutamad pertikain kedua-dua pihak, mahkamah hendaklah menghalang defendan, iaitu Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan perdana Menteri, daripada menjalankan kuatkuasa mana-mana peruntukan Akta Malaysia. Hakim Besar sendiri mendengar permohonan tersebut dan menolak permohonan itu pada pukul 5 petang, 14 September. Mengikut negerinya beliau memutuskan-
(1)  bahawa di bawah Perkara 159, Perlembagaan 1957, Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang Akta Malaysia dengan tujuan untuk meminda Perkara 1(1) dan (2) bagi memasukkan ketiga-tiga buah anggota baru itu, dan pindaan ini tidak berkehendakkan lebih suara dua pertiga. Perlembagaan yang menjadi bahagian pelengkap Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,1957 (yangnegeri Kelantan menjadi suatu pihak) tidakberkehendakka supaya diadakan perundingan dengan mana-mana negeri sebagai suatu syarat yang hendak dipenuhi;
(2)  bahawa perjanjian Malaysia telah ditandatangani bagi pihak ‘‘Persekutuan Tanah Melayu’’ oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan empat orang anggota Jemaah Menteri. Ini adalah mematuhi Perkara 39 dan Perkara 80 (1) Perlembagaan dan tidak ada pun dalam Perlembagaan yang berkehendakkan supaya di adakan perundingan dengan mana-mana Kerajaan Negeri atau dengan Raja mana-mana negeri.
Dalam masa lebih sedikit dari 24 jam selepas keputusan bersejarah itu dibuat, Negara Malaysia pun lahir pada September 1963, dan Baginda Queen Great British melepaskan bidang kuasa baginda di Singapura, Borneo Utara dan Sarawak.
      Sebagaimana yang telah dinyatakan, hamper dua tahun kemudian, iaitu pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malasia dan menjadi sebuah Negara republic yang merdeka dalam Komanwel. Dengan. Demikian, pada hari ini terdapat 13 buah negeri dalam Malaysia.

Komanwel

Sebagaimana yang telah dinyatakan, Malaysia ialah sebuah Negara anggota Komanwel. Keanggotaan Komanwel adalah secara sukarela dan kemasukan menjadi ahli adalah dengan persetujuan anggota-anggota lain. Setelah diterima menjadi ahli, sesebuah Negara tidak dipaksa untuk terus kekal berada di dalamnya. Masalnya, Burma meninggalkan Komanwel dalam tahun 1947, Eire dalam tahun 1949, Afrika Selatan dalam tahun 1961 dan Pakistan dalam tahun 1972. Pada asalnya semua anggota bersatu dengan menumpukan taat setia kepada Raja British yang menjadi ketua Negara. Bukan sahaja bagi United Kingdom tetapi juga bagi semua Negara yang menjadi anggota Komanwel. Hal begini tidak lagi sedemikian semenjak

Tahun 1949 apabila  India menjadi sebuah republic dengan seorang Presiden sebagai ketua
Negaranya sendiri, tetapi ia tetap kekal dalam Komanwel. Dalam tahun 1957 pula hal sedemikan berlaku lagi bagi memasukkan Tanah Melayu, iaitu sebuah Negara dengan seorang Raja yang dipilih sebagai ketua Negaranya. Pada hari ini Baginda Queen  British hanya menjadi lambang persatuan bebas Negara-negara anggota Komanwel, dan dengan itu baginda menjadi Ketua Komanwel Semua anggotanya adalah bebas dan sama-rata, dan keanggotaan Komanwel tidak mengikat mana-mana Negara dengan dasar Unted Kingdom atau mana-mana negera lain, sebagaimana yang terbukti dalam pengundian di-Bangsa- Bangsa Bersatu. Tidak ada suratan rasmi yang mengawal perhubungan Negara-negara anggota, sungguhpun terdapat perjanjian dua pihak yang mengaturkan perhubungan ke-Banyakan Negara tersebut. Beberapa tahun yang lalu sebuah Urussetia Komanwel telah ditubuhkan di Londan tetapi ia sekadar menjadi sebuah ‘‘ pejabat pos’’ sahaja sahaja. Komanwel membawa banyak faedah kerana terdapat rundingan Bersama banyak, perkongsian maklumat, penyelesaian masalah yang dihadapati bersama, dan perhubungan ikrab antara Negara –negara anggota. Bagi individu pula, faedah bernilai yang diperolehi daripada menjadi anggota Komanwel ialah tentang pengiktirafan oleh sesebuah anggota terhadap warganegara sebuah Negara anggota lain sebagai  warganegara Komanwel. Pelancong-pelancong Malaysia akan ingat tentang bagaimana mereka disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai imigresen dan kastam di sempadan Negara Komanwel yang jauh seperti di Kanada dan di Negara-negara lain, semata-mata kerana kita adalah warganegara Komanwel. Sebelum Akta Imigresen Komanwel diperbuat undang-undang oleh parlimen British, warganegara Komanwel mempunyai kebebasan sepenuh untuk masuk dan bermastautin di United kingdom.

BAB 2
KETERTIGGIAN PERLEMBAGAAN 
Di Malaysia hanya Perlembagaan sahaja yang tertinggi. Pada pakar undang-undang perlembagaan Inggeris menyebut tentang ketertinggian Parliman, dan Dicey,seseorang professor ilmu undang-undang yang mayhur, menganggapnya sebagai suatu ciri yang unggul dalam perlembagaan British dari segi pandangan undang-undang.
     Parlimen British adalah sebenarnya tertinggi. Tidak ada undang-undang yang ia tidak boleh buat, pinda atua mansuhkan. Tiada sesiapa pun yang boleh buat mengisytiharkan sesuatu Akta Parlimen itu sebagai tidak sah. ia tidak boleh membuat undang-undang untuk menehan permansuhan atau untuk menehan pindaan enakmennya sendiri. Walau bagaimanapun, dari segi amali terdapat banyak batasan praktis yang penting mengenai kuasa Parlimen British untuk membuat undang-undang, tetapi tiga perkara yang telah saya sebutkan itu tetap menjadi asas konsep undang-undang mengenai ketertiggian Parlimen British pada masa sekarang.
     Adakah Parlimen Malaysia yang tertinggi seperti parlimen British? Tidak. Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa yang tidak terhad. Tidak seperti British, Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai suatu perlembagaan bertulis yang agak tegar. Parlimen kita memperolehi kuasanya daripada perlembagaan yang membahagikan kuasa perundangan kepada persekutuan, bagi satu pihak, dan tiap-tiap buah negeri, bagi satu pihak lagi. Perlembagaan menentukan Kerajaan Persekutuan adalah bertangungjawab dan Parlimen boleh membuat undang-undang mengenainya, dan apa pula perkara negeri yang baginya Kerajaan negeri ada lah tangungjawab dan Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenainya.
     (Perlembagaan juga menentukan tentang apakah perkara bersama yang baginya Parlemen atau Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenainya).
     Oleh yang demikian Parlimen boleh membuat undang-undang hanya mengenai perkara yang tertentu seperti hal ehwal luar negeri, pertahanan, pelajaran dan sebagainya. Dalam bidang ini di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang, Parlimen adalah tertinggi dalam erti-kata bahawa tidak ada undang-undang yang ia tidak boleh buat, pada atau mansuhkan, dan bahawa tidak ada orang yang boleh mengistiharkan Akta Parlimen sebagai tidah sah, dan untuk menahan permansuhan atau untuk menahan pimindaan enakmennya sendiri.
       Tetapi di luar perkara persekutuan (dan perkara bersama) Parlimen tidaklah tertinggi dan jika ia membuat undang-undang, katakanlah mengenai kerajaan tempatan atau mengelai Hukum Syarak di luar Wilayah Persekutuan dan kedua-duanya merupakan perkara negeri, undang-undang tersebut boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah.
      Malahan undang-undang persekutuan mengenai sesuatu perkara persekutuan boleh juga diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah, jika undang-undang itu bercanggah dengan Persekutuan Malaysia, oleh kerana Perlembagaan memperuntukkan dengan nyata menurut Perkara 4 (1) bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama (tertinggi) persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang berlawanan dengan Perlembagaan adalaha, setakat mana yang berlawanan itu, terbatal.

       Cuba kira ambil satu contoh yang bukan-bukan. Perlembagaan memperuntukan bahawa seseorang yang lahir di Persekutuan selepas hari Malaysia (16 September 1963), dan sekurang-kurangnya ibu atau bapanya pada masa kelahiran itu adalah seorang warganegara atau permastautin tetap di persekutan-adalah menjadi seorang warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang. Jika Parlimen meluluskan suatu Akta yang berlawanan dengan peruntukan ini, dan Akta ini dicabar dalam Mahkamah, hakim sudah pasti akan mengistiharnya sebagai tidak sah. Ini menunjukkan bahawa Parlimen tidak mempunyai kuasa tertinggi.

     Jika Parlimen tiada tertinggi dan undang-undangnya boleh dibatalkan oleh mahkamah, adalah mahkamah pula tertinggi? Jawabnya ya dan tidak –Mahkamah adalah terrtinggi dalam beberapa hal tetapi tidak pula dalam hal-hal lain. Mahkamah adalah tertinggi  dalam dalam erti-kata bahawa ia mempunyai hak-sesunggupnya ia mempunyai kewajipan untuk membatalkan Akta yang diperbuat undang-undang di luar kuasa Parlimen tetapi bercanggah dengan Pelembagaan Tetapi Mahkamah tidaklah tertinggi mengenai  mana-mana Akta yang diperbuat dalam bidang  kuasa Parlimen dan selaras pula dengan Perlembagaan. Jadi, kewajipan Mahkamah adalah jelas: Ia hendaklah memakai Undang-undanbg dalam Akta ini tanpa soal, tidak kira apa juga pendapat dan prasangka persendirian hakim. Jika hakim berasa bebas memasukkan perasaan berat sebelah serta prasangka peribadi dalam menjalankan kewajipannya, sudah pasti akan terdapat keadaan yang sungguh membimbangkan.

     Di sini saya patut nyatakan bahawa undang-undang negeri  boleh dibatalkan oleh Mahkamah atas salah satu daripada tiga alas an:

a)    jika undang-undang itu berada di luar bidang kuasa Dewan Undangan Negeri:
b)    jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia : atau
c)    jika undang-undang itu bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

Jadi, siapakah yang tertinggi di Malaysia?

     Cuba kita lihat kedudukan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Baginda adalah sebenarnya kepala utama di Malaysia dan menjadi tumpuan taat setia serta kepatuhan setiap warganegara: baginda merupakan lambang Negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah, dan baginda melantik para hakim: baginda adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, dan sebagainya. Tetapi baginda juga adalah tertakluk kepada halangan-halanganyang dikenakan oleh Perlembagaan dan baginda bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri, sungguhpun semua tindakan rasmi Kerajaan dilakukan atas nama baginda.

    Di Malaysia tidak ada satu institusi pun yang tertinggi dan bersamaan dengan Parlimen British. Apa yang tertinggi di Malaysia ialah Perlembagaan sendiri.

    Kuasa perundangan bagi berbagai badan perundangan di dalam Negara hendaklah dijalankan tertakluk ke[ada sekatan-sekatan yang dikenakan oileh Perlembagaan. Kuasa kehakiman bagi Mahkamah hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa Seri Paduka Baginda sebagai ketua bagi ketiga-tiga cabang Kerajaan (perundangan, kehakiman dan pemerintahan) hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
      Saya telah pun membincangkan berkenaan dengan batasan-batasan terhadap kuasa perundangan Parlimen.
      British saya sebutkan pula sekarang berkenaan dengan beberapa batasan terhadap kuasa pemerintah, iaitu Kerajaan. Manakala kita dengar perkataan  ‘‘ Kerajaan’’, kita terfikif Perdana Menteri atau Menteri Besar sebagai Kerajaan. Sebenarnya Kerajaan, yang berhubung dengan Kerajaan Persekutuan, terdiri dari Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Jemaah Menteri yang diketuai oleh perdana menteri, dan seluruh perkhidmatan awam persekutuan dari setinggi-tingginya hingga yang serendah-serendahnya, termasuk juga Pasukan Polis dan Angakatan Tentera. Sebagaimana yang anda dapat gambarkan, Kerajaan Persekutuan adalah suatu badan yang amat berkuasa-yang mempunyai wibawa untuk membuat segala macam perkara yang menyetuh setiap warganegara. Akan tetapi, sungguhpun Kerajaan sungguh berkuasa, ia mesti patuh kepada Perlembagaan, iaitu undang-undang tertinggi bagi Negara ini, dan juga kepada undang-undang.
       Masalnya, Kerajaan tidak boleh membuang negeri seseorang warganegara atau menehan dia daripada pulang ke Malaysia. Kerajaan tidak boleh memaksa mana-mana orang supaya menjadi buruh paksa. Kerajaan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang. Jika Kerajaan menangkap mana-mana orang, ia hendaklah memberitahu orang yang tangkap itu dengan seberapa segera yang boleh tentang sebab-sebab yang dia ditangkap, dan Kerajaan hendaklah membawa orang itu ke hadapan seorang Majisret dalam masa 24 jam dan selepas itu Kerajaan tidak boleh menehan orang itu selanjutnya melainkan dengan arahan kuasa Majistret, dan Kerajaan hendaklah membenarkan orang itu berunding, dan dibela oleh peguam yang dipilih oleh orang itu sendiri. Terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh Kerajaan oleh Kerajaan.
      Oleh kerana pihak Kerajaan terpaksa berhati-hati supaya ia tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Perlembagaan, pihak Kerajaan menggaji sekumpulan peguam yang bekerja sepenuh masa di Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat kepada Kerajaan. Tetapi, adakalanya Kerajaan didapati melakukan sesuatu kapada seseorang warganegara yang menganggap bahawa Kerajaan tidak berhak melakukannya. Jika demikian, warganegara itu boleh membawa Kerajaan ke hadapan Mahkamah, dan adalah menjadi kewajipan Mahkamah untuk mempertimbangkan pengaduannya. Tugas Mahkamah bukannya untuk memihak kepada Kerajaan, atau memihak kepada warganegara itu-tugasnya ialah semata-mata untuk bertindak dengan saksama dan untuk menggunakan undang-undang tanpa mempunyai perasaan takut atau pilih kasih, dan memberi keputusan untuk pihak yang padanya terletak keadilan. Jika Kerajaan sebenarnya telah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Perlembagaan, keputusan hendaklah dibuat dengan sewajarnya.
        Jadi, Kerajaan juga adalah tertakluk kepada ketertiggian Perlembagaan – sama seperti Parlimen kita yang juga tertakluk keapada ketertinggian Perlembagaan Jelaslah bahawa doktrin abash yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen atau mana-mana badan lain yang tertinggi, tetapi bahawanya Perlembagaanlah yang tertinggi.
  
BAB 3
YANG DI-PERTUAN AGONG

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Malaysia. Baginda mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam Malaysia, dan keutamaan selepas baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong dan selepas baginda berdua diikuti pula oleh Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri.

     Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula ditubuhkan mengikut Perlembagaan tahun 1957 yang melahirkan kemerdekaan. Sebelum itu, orang yang paling utama dalam Negara ini ialah Persuruhjaya Tinggi, dan beliau dilantik oleh Baginda Queen sebagai wakil baginda. Walau bagaimanapun, Persuruhjaya Tinggi itu bukanlah Ketua Negara.

     Jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah unik. Baginda adalah dipilih tetapi baginda bukanlah seorang Presiden. Baginda ialah seorang Raja yang bertahkta secara turun-temurun tetapi sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda menyadang jawatan tersebut hanya selama 5 tahun sahaja.

     Baginda boleh dilucutkan dari jawatan hanya selepas suatu usul dibentangkan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja, dan jika lima orang Raja mengundi menyokong usul tersebut.

Raja Berpelembagaan

Yang di-Pertuan Agong ialah seorang raja berpelembagaan sebagaimana yang dapat kita saksikan dari sumpah yang baginda lafazkan di hadapan Majlis Raja-Raja dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara. Dalam sumpah yang dilafazkan itu baginda berikrar bahawa baginda ‘‘ dengan sesungguh dan dengan sebenarnya menganku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut undang-undang dan perlembagaannya yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini …/dan/ memelihara agama Islam pada setiap masa dan mendaulatkan undang-undang serta menegakkan pemerintahan yang adil dan aman di dalam negara’’.

Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat

Perlembagaan telah membahagikan kuasa kerajaan kepada tiga jenis yang bersaingan-
(1)         kuasa pemerintah yang terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong;
(2)         kuasa perundangan yang terletak hak pada Parlimen; dan
(3)         kuasa kehakiman yang terletak hak pada badan kehakiman.
Kuasa pemerintahan bagi Malaysia boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri (Kabinet) atau oleh mana-mana menteri, yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, dan boleh dijalankan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan dan undang-undamg.
       Dalam menjalankan kuasa pemerintah serta juga segala tugas baginda di bawah pelembagaan dan undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaan Menteri atau nasihat seorang Menteri (biasanya Perdana Menteri) yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kucuali sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknyan oleh pelembagaan. Baginda adalah berhak, atas permintaan baginda, untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Kuasa Budi Bicara

Baginda boleh bertindak mengikut budi bicara baginda sendiri, sebagaimana yang baginda fikir layak, bagi menjalankan tugas-tugas berikut-
(a)           melantik Perdana Menteri;
(b)           tidak memperkenankan permintaan supaya Parlimen dibubarkan;
(c)           meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu; dan
(d)           tugas-tugas lain yang dinyakan dalam pelembagaan.
 Dalam buku ini, bila sahaja disebut bawaha Yang di-Pertuan Agong boleh
melakukan sesuatu, ini bermana bahawa baginda boleh melakukannya hanya mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Tertakluk kepada perlembagaan, Parlimen boleh membuat undang-undang yang menghendaki supaya Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atau syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain dari pada Jemaah Menteri.
     Walau bagaimanapun, dalam menjalankan tugas melantik seorang Perdana Menteri, baginda tidak mempunyai kebebesan sepenuhnya. Perlembagaan menghendaki supaya baginda melantik seorang ahli Dewan Rakyat, tetapi bukan mana-mana ahli sahaja. Ahli yang dimaksudkan itu mestilah seorang yang pada pendapat baginda mungkin boleh mendapat kepercayaan daripda sebahagian besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna bahawa ahli tersebut ialah seorang pemimpin parti yang mempunyai lebih suara dalam Parlimen.
      Ahli-ahli Jemaah Menteri yang lain juga dilantik oleh baginda mengikut nasihat Perdana Menteri.

Pemerintah Tinggi Angkatan Tentera

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna bahawa baginda boleh memerintah angkatan tentera dengan melakukan sekehendak hati baginda. Majlis Angkatan Tentera yang ditubuhkan mengikut kuatkuasa Perkara 137 adalah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan semua perkara lain yang berhubung dengan angkatan tentera, selain daripada perkara yang bersangkutan dengan menggunakan angkatan tentera bagi madsud operasi.

 Kuasa mengampun 

Baginda mempunyai kuasa untuk memberi ampun, reprieve dan respite berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang telah dibicarakan dalam mahkamah tentera, berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan, dan berhubung dengan hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, baginda tidak mempunyai kuasa sedemikian berhubung dengan kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman lain; kuasa ini terletak pada Raja atau Yang Diprtua Negeri bagi negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.
    Jika sekiranya diragukan tentang sama ada suatu kesalahan itu telah dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di sesuatu Negeri, adalah disifatkan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dalam wilayah di mana ia dibicarakan.
     Terdapat sebuah lembaga Pergampunan bagi menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pelaksanaan kuasa mengampunan, dan sebagainya, berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan. Ahli-ahlinya terdiri dari Peguam Negara (yang boleh mewakilkan tugasnya kepada mana-mana orang lain), Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih dari tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda bagi suatu tempoh selama tiga tahun. Jika seseorang ahli tidak hadir atau tidak dapat bertindak, Seri Paduka Baginda boleh melantik seorang penganti sementara. Walau bagaimanapun, seorang ahli Dewan Undangan Negeri atau seorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik.
     Jemaah Pengampunan bermesuarat di hadapan Seri Paduka Baginda yang juga menjadi pengurusi; dan sebelum memberi nasihat mereka, ahli-ahlinya mesti menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang telah diberikan oleh peguam Negara.
      Undang-undang Persekutuan boleh memperuntukan bahawa seri Paduka Baginda hendaklah meminta fikiran mana-mana orang atau kumpulan orang selain daripada Jemaah Menteri sebelum menjalankan kuasa baginda bagi mengampun, dan sebagainya, mengenai kesalahan-kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera atau kesalahan yang telah dilakukan dalam Wilayan Persekutuan atau mengenai hukuman yang dikenakan oleh Makamah Syariah negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang.

Tugas-tugas lain

Sungguhpun Islam ialah agama Persekutuan, namun baginda menjadi ketua Islam hanya di negeri baginda, di Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
       Yang di-Pertuan Agong adalah bertanggungjawab bagi memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepintingan sah kaum-kaum lain.

Imuniti di sisi undang-undang

Fasal (1) Perkara (32) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didadwa dalam apa-apa juga pembicaraan di mana-mana mahkamah, tetapi Mahkamah Tinggi, Borneo, telah memutuskan dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn. Tuna Abang Haji Openg dan Tawi Sli (No.2) bahawa ini bermakna Seri Paduda Baginda tidak boleh didakwa dalam mana-mana pembicaraan hanya atas sifat peribadi baginda dan bahawa baginda boleh didakwa atas sifat rasmi baginda. Dengan ini rakyat yang terkilan dengan tindakan rasmi Seri Paduka Baginda boleh mendakwa Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Misalnya, terdapat perselisihan pendapat antara Kerajaan Persekutuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Dato’ Stephen Kalong Ningkan. Dengan bertindak mengikut sihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah mengisytiharkan keadaan darurat pada 14 September 1966, dan lima hari kemudian Parlimen Persekutuan telah meluluskan Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak)1966, yang kuatkuasanya, secara ringkas, ialah untuk membolehkan Yang Dipertua Negeri Sarawak memangil Majlis Negeri Sarawak supaya bersidang; ia menggatungkan perintah tetap dan mengeluarkan arahan yang mengikat Yang di-Pertua majlis sarawak. Berikutan dengan itu Yang di-Pertua Negeri telah memanggil Majlis bersidang dan Majlis itu telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, dan Ketua Menteri telah dipecat oleh Yang dipertua Negeri pada hari berikutnya. Datuk Ningkan mengadu bahawa perisytiharan darurat oleh Yang Seri Paduka Baginda adalah batal dan tidak sah dan mengemukakan aduannya kepada mahkamah: dia menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Pada akhirnya, aduannya itu telah ditolak oleh Privy Council. Peguam pihak Kerajaan mengemukakan dalam Mahkamah Tinggi bahawa oleh kerana kuasa mengistiharkan darurat adalah terletak hak pada Seri Paduka Baginda dan oleh kerana menurut Perkara 32 (1) Seri Paduka Baginda tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga pembicaraan di mana-mana mahkamah, tindakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Hakim Besar, Borneo, telah menolak hujah ini, dan memutuskan bahawa Perkara 32 hanya melindung Seri Paduka Baginda secara peribadi daripada pembicaraan dalam sesuatu mahkamah tetapi tidak boleh diertikan sebagi melindung Kerajaaan Persekutuan daripada tindakan dalam mahkamah mengenai perbuatan atau tindakannya yang dilakukan atas nama Yang di-Pertuan Agong, dan bahawa apabila Yang di-Pertuan bertindak atas nasihat cabinet, tindakan baginda mestilah disifatkan sebagai tindakan Kerajaan Persekutuan.
      Perlu dinyatakan juga bahawa perlembagaan hanya memperuntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dikenakan apa-apa pembicaraan dalam mana-mana mahkamah (iaitu baginda tidak boleh didakwa) : tetapi perlembagaan tidak pula memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dikenakan pembicaraan sama sekali. Oleh bolehlah dihujahkan bahawa undang-undang masih menganggap bahawa baginda boleh dibicarakan,terutamanya memandangkan hakikat bahawa dalam sumpah jawatan, dan baginda sentiasa mendaulatkan undang-undang dan menegakan keadilan dan ketenraman di dalam Negara. Hal ini akan menjadi penting dari segi amalinya dan patut secara sukarela diserahkan kepada bidang kuasa mahkamah(sama ada baginda sendiri yang mendakwa atau memperkenan supaya diri baginda didakwa) keran, tidak syak lagi, baginda berhak berbuat demikian. Jika hal ini berlaku, mahkamah boleh mengenakan apa-apa perintah yang sah di sisi undang-undang yang mengikat baginda.
      Walau bagaimanapun, perlembagaan tidak memberi imuniti di sis undang-undang kepada Raja Permaisuri Agong, iaitu permaisuri baginda. Begitu juga halnya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong; tetapi oleh kerana Timbalan di-Pertuan Agong juga menjadi Raja di negeri baginda, maka atas sifat inilah baginda menimati imuniti di sisi undang-undang, iaitu mengikut sifat peribadi baginda.

Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong
Apabila dilantik menjadi Yang di-Pertaun Agong, baginda tidak boleh membuat beberapa perkara:
       Baginda tidak boleh menjalankan apa-apa kuasa sebagai Raja di negeri baginda kecuali-
(a)  kuasa sebagai ketua agama Islam;
(b)  kuasa meminda perlembgaah negeri;
(c)  kuasa melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja sebagai ganti seorang pemangku Raja atau ahli yang meninggal dunia atau tidak berupaya oleh kerana apa-apa sebab bagi ahli Jemaah Pemangku Raja. (Kuasa ini telah di tambah oleh Ordinan No. 42 tahun 1958, iaitu pindaan pertama yang dibuat kepada perlembagaan, apabila Yang di-Pertuan Agong pertama mendapati bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menggantikan Pemangku Raja Negeri Sembilan yang dilantik oleh baginda sebelum memagang jawatan Yang di- Pertuan Agong).
      Baginda tidak boleh memegang apa-apa jawatan memberi apa-apa saraan.
Baginda tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam apa-apa perusahaan perniagaan.
      Baginda tidak boleh menerima apa-apa juga emolumen sebagai Raja di bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda.
      Baginda tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja,
Meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatan rasmi kesebuah Negara lain.
Timbalah baginda juga tidak boleh membuat perkara-perkara yang sama jika baginda menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong melebihi 15 hari.

Permilihan Yang di-Pertuan Agong

Baginda dipilih mengikut kaedah-kaedah dan cara yang ditentukan dalam jadual ketiga perlembagaan Ada beberapa cirri luar biasa mengenai kaedah-kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Pertama, hanay Raja-Raja sahaja yang boleh bertading. Kedua, hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. Ketiga, biasanya Raja yang paling kanan sepatutnya dipilih. Dan keempat, Raja sesebuah negeri tidak boleh di pilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, sehinggalah Raja tiap-tiap negeri ( Yang menerima dan layak) telah berpeluang menjadi Yang Di-Pertuan Agong.
      Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak menghadiri persidangan itu walaupun mereka menjadi ahlinya; hanya Raja-Raja serta Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang hadir. Seorang Raja boleh melantik seorang Raja lain sebagai proksinya.
      Perlembagaan memperuntukkan bahawa seseorang Raja adalah layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-
(a)   baginda belum cukup umur;
(b)   baginda telah memberitahu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak mahu dipilih; atau
(c)    Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda adalah tidak sesuai disebabkan oleh kelemahan akal atau atas sebab-sebab lagi, untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong Ketetapan ini berkehendakkan undi sekurang-kurangnya dari lima orang ahli.
Sebelum  diadakan sesuatu pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memutus
kepada tiap-tiap seorang Raja, bertanyakan jik baginda hendak bertading. Raja yang tidak mahu dipilih akan memberikan kepada Penyimpan Mohor Besar, dan dengan itu negeri baginda akan berada di penghujung senarai pemilihan. Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar akan memberi kepada tiap-tiap seorang Raja sekeping kertas undi yang meminta supaya dinyatakan sama ada pada pendapatnya Raja yang paling kanan (danhendak bertanding) layak menjadi Yang di-Pertuan Agong. Jika sekurang-kurangnya lima orang ahli mengundi yang baginda tidak menerimanya, jawatan itu akan ditawarkan kepada Raja yang negerinya berada selepas daripada negeri Raja pertama sepserti yang terdapat dalam senarai pemilihan ( dan baginda diistiharkan  sebagai layak oleh sekurang-kurangnya lima undi) dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu.  
     Apabila seorang Raja yang ditawarkan jawatan Yang  di-Pertuan Agong menerima jawatan tersebut, Majlis Raja-Raja akan mengistiharkan baginda telah dipilih dan , Penyimpanan Mohor Besar pun memberitahu keputusan itu secara bertulis  kepada kedua-dua Majlis Parlimen dan juga kepada Perdana menteri.
    Bagi maksud pemilihan yang kemudiannya, senarai itu diubah seperti berikut :
Pemilihan yang pertama dalam tahun

A)   Selepas tiap-tiap satu pemilihan, mana-mana negeri dalam senarai yang mendahului negeri yang Rajanya telah dipilih akan xipindahkan ke hujung senarai itu, dan negeri yang rajanya telah ditinggalkan:
B)   Apabila terdapat pertukaran Raja bagi sesebuah negeri yang pada masa itu berada dalam senarai, negeri itu dipindahkan ke hujung senarai.

       Kaedah-kaedah ini lebih mudah difahami jika kita kaji apa yang sebenarnya berlaku,

Bagi pemilihan yang pertama yang telah diadakan dalam tahun 1957, senarai pemilihanmengandungi negeri-negeri semua Raja mengikut susunan keutamaan di kalangan baginda masing-masing sebagaimana yang diiktiraf oleh baginda semua pada masa itu (iaitu mengikut tarikh Raja-Raja itu naik takhta kerajaaan, dan ia adalah seperti dalam ruangan  Jadual A. Kita panggil senarai ini sebagai senarai pertama . Dalam senarai ini dapatlah dilihat bahawa negeri Johor dan Pahang terletakdi bahagian sebelah atas dan seharusnya salah seorang daripada Rajanya dipilih: tetapi sebaliknya Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, yang terletak pada tempat ketiga  dalam senarai itu, telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Mungkin Sultan Johor dan juga Sultan Pahang  telah menarik diri.

      Kita tidak akan mengetahui sebab-sebab yang sebenbar kerana perjalanan persidangan dirahsiakan. Hanya Raja-Raja dan Penyimpan Mohor Besar sahaja yang hadir dan kertas-kertas undi dimusnahkan oleh Penyimpan Mohor Besar sebaik sahaja selepas pemilihan itu dijalankan di hadapan Duli-Duli Yang  Maha Mulia Raja-Raja. (Juga mustahil hendak mengetahui bagaimana tiap-tiap seorang Raja itu mengundi kerana kertas-kertas undi yang digunakan  itu tidak bernombor dan ditanda dengan pena serta dakwat yang sama . Kertas-kertas undi itu dikura oleh Raja yang paling baru naik takhta bersama dengan Pemegang Mohor Besar).

     Selepas pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menjadi Yang di-Pertuan Agong  yang pertama,msenarai yang pertama itu pun diubah menjadi sebagaiman dalam ruang
      Jadual A. Dari jadual ini dapalah dilihat bahawa negeri Johor dan negeri Pahang telah dipindahkan ke hujung senarai itu, manakala Negeri Sembilan pula dikeluarkan dari senarai. Negeri Sembilan dimasukkan ke dalam senarai yang lain (kita panggilnya sebagai senarai yang kedua), sebagaimana yang terdapat dalam ruangan  Jadual B, lihat muka surat .
      Sultan Kedah mangkat dan telah digantikan oleh putera baginda (Yang di-Pertuan Agong yang kelima) pada  Julai 1958. Sultan Johor mangkat dan telah digantikan oleh Putera baginda pada 8 Mei 1959. Oleh yang demikian, Sultan Kedah dan Sultan Johor -masukkan ke bahagian bawah senarai yang pertama, sebagaiman yang terdapat dalamruangan 3 Jadual A.
    
Pemilihan yang kedua dalam tahun 1960

Yang di-Pertuan Agong yang pertama telah mangkat pada 1 April 1960 dan senarai pemilihan yang telah digunakan untuk memilih pengganti baginda terdapat dalam ruangan 3 Jadual A. Tiada siapa pun di antara Raja-Raja itu yang menarik diri atau hilang kelayakankan, dan jawatan itu telah ditawarkan kepada Sultan Selangor yang telah menerimanya. Baginda memegang jawatan pada 14 April 1960. Siapa itu negeri Selangor telah digugurkan daripada senarai pertama dan ia ditempatkan dalam ruangan 4 Jadual A, dan negeri Selangor juga ditempatkan di bawah Negeri Sembilan dalam senarai kedua Raja-Raja yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong seperti dalam ruangan 2 Jadual B.
      Sultan Kelantan mangkat dan digantikan oleh putera baginda pada 10 Julai 1960. Dengan itu negeri Kelantan dipindahkan ke hujung senarai pertama seperti yang terdapat dalam ruangan 5 Jadual A.

Permilihan yang ketiga dalam tahun 1960

Yang di-Pertuan Agong yang kedua mangkat pada 1 September 1960 dan senarai pemilihan yang telah digunakan untuk memilih pengganti baginda terdapat dalam ruangan 3 Jadual A. Tiada siapa pun di antara Raja-Raja itu yang menarik diri atau hilang kelayakannya. Dan jawatan itu telah ditawarkan kepada Sultan Selangor yang  telah menerimanya. Baginda memegang jawatan pada 14 April 1960. Selepas itu negeri Selangor telah digugurkan daripada senarai pertama dan ia ditempatkan dalam ruangan 4 Jadual A, dan negeri Selangor juga ditempatkan di bawah Negeri Sembilan dalam senarai kedua Raja-Raja yang telah menjadi Yang di- Pertuan Agong seperti dalam ruangan 2 Jadual B.
      Sultan Kelantan mangkat dan digantikan oleh putera baginda pada 10 Julai 1960. Dengan itu negeri Kelantan dipindahkan ke hujung senarai pertama seperti yang terdapat dalam ruangan 5 Jadual A.

Pemilihan yang ketiga dalam tahun 1960

Yang di-Pertuan Agong yang kedua mangkat pada 1 September 1960, dan senarai dalam 5 Jadual A telah digunakan bagi memilih penggantinya. Tiada pun di antara Raja-Raja itu yang menarik diri atau hilang kelayakannya, dan jawatan itu telah ditawarkan kepada Raja yang palingkanan, iaitu Raja Perlis, dan baginda telah menerimanya.Baginda memegang jawatan pada 21 September 1960. Senarai pemilihan seterusnya telah diubah dengan memggugurkan negeri Perlis daripadanya. Dan menempatkan negeri Perlis di bawah negeri Selangor dalam senarai yang kedua sebagaimana yang terdapat dalam ruangan 3 Jadual B. Selepas itu senarai pemilihan menjadi sebagaimana dalam ruangan 6 Jadual A.

Pemilihan yang keempat dalam tahun 1965

Yang di-Pertuan Agong yang ketiga telah menamatkan tempoh jawatan baginda selama lima tahun pada 20 September 1965. Seranai pemilihan yang digunakan untuk memilih

pengganti baginda terdapat dalam ruangan 7 Jadual A. Tiada siapa pun di antara Raja-Raja yang menarik diri atau hilang kelayakannya, dan jawatan itu telah ditawarkan kepada Sultan Terengganu yang menerimanya mukai 21 September 1965. Negeri Terengganu kemudian dipindahkan ke senarai yang kedua di bawah negeri Perlis sebagaimana yang terdapat dalam ruangan 4 Jadual B. Sultan Pahang telah menolak jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan jawatan itu kemudiannya ditawarkan kepada Sultan Kedah yang telah menerimanya. Senarai untuk pemilihan yang kemudian adalah sebagaimana dalam ruangan 8 Jadual A.

Pemilihan yang kalima dalam tahun 1970

Yang di-Pertuan Agong yang keempat telah menamatkan tempoh jawatan baginda selama lima tahun pada 20 September 1970. Senarai pemilihan yang telah digunakan untuk memilih pengganti baginda adalah sebagaimana dalam ruangan 8 Jadual A. Dapat diperhatikan bahawa Sultan Pahang adalah Raja yang paling kanan, tetapi baginda telah enggan bertanding dan Majlis Raja-Raja telah menawarkan jawatan tersebut kepada Sultan Kedah  dan bagindamenerimanya, dan dengan yang demikian menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima. Selepas pemilihan itu, negeri Pahang dimasukkan ke bahagian di sebelah bawah senarai yang pertama sebagaimana dalam ruangan 9 Jadual A.dan negeri Kedah pula dimasukkan ke bahagian di sebelah bawah senarai yang kedua yang sekarang terdapat sebagaimana Dalam ruangan 5 Jadual B.
                    
       Al-Marhum Sultan Pahang mangkat pada 5 Mei 1964, tetapi kemangkatan  baginda tidak menyebabkan perubahan dalam ruangan 9 Jadual A kerana negeri Pahang telah pun berada di bahagian sebelah bawah senarai itu.

Pemilihan yang keenam dalam tahun 1975

Yang di-Pertuan Agong yang kelima telah menamatkan tempoh jawatan baginda selama

lima tahun pada 20 September 1975, dan senarai pemilihan yang digunakan untuk memilih pengganti baginda adalah sebagaimana yang terdapat dalam ruangan 9 Jadual A, iaitu seperti berikut : Johor, Kelantan, Perak, dan Pahang. Raja yang paling kanan, iaitu Sultan Johor, telah menarik diri kerana memikirkan yang baginda sudah lanjut usia. Oleh kerana Sultan Kelantan telah diisytiharkan sebagai layak, jawatan itu telah ditawarkan kepada baginda dan baginda telah menerimanya. Raja yang paling kanan selepasnya, iaitu Sultan Perak, telah menolak jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan jawatan itu kemudiannya ditawarkan kepada Sultan Pahang yang telah menerimanya. Bagindalah yang menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas pemilihan yang keenam, senarai yang kedua telah diubah sebagaimana yang telah terdapat dalam ruangan 6 Jadual B di mana Kelantan dimasukan di sebelah bawah senarai itu, dan senarai untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong seterusnya diubah sebagaimana yang terdapat dalam ruangan 10 Jadual A. Dapatlah dilihat bahawa senarai itu mengandungi hanya tiga buah negeri ; iaitu Perak, Pahang dan Johor mengikut susunan sedemikian. Kecuali jika Raja-Raja dari ketiga-tiga buah negeri ini tidak layak untuk dipilih atau enggan menerima jawatan, Raja-Raja bagi mana-mana negeri lain tidak boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Apabila tidak ada lagi negeri dalam senarai yang pertama dalam Jadual A sebagaimana yang telah diubah di atas, atau jika dalam pemilihan tidak ada seorang Raja dari mana-mana negeri pun dalam senarai itu yang layak dipilih atau yang mahu menerima jawatan, senarai itu akan disusun semula menjadi suatu senarai baru. Inilah senarai yang kedua dan sekali lagi mengandungi semua negeri yang mempunyai Raja, tetapi menurut susunan negeri-negeri yang Rajanya telah memegang jawatan Yang diPertuan Agong dan menurut susunan yang Rajanya memegang jawatan tersebut, dan negeri-negeri lain (jika ada ) selepas negeri-negeri yang Rajanya menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu menurut susunan dalam senarai yang pertama dalam jadual A sebelum ia disusun semula. Tujuannya ialah supaya tidak ada Raja bagi mana-mana negeri yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali sehingga Raja bagi tiap-tiap negeri telah diberi peluang untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.
          Senarai yang disusun semula itu adalah seperti yang diberikan dalam jadual B. Patut diperhatikan bahawa pada 14 April 1967, Yang Dipertuan Besar, Negeri Sembilan telah mangkat dan telah digantikan oleh adinda Baginda. Perlembagaan tidak menghendaki supaya Negeri Sembilan dimasukkan kebahagian sebelah bawah senarai dalam Jadual B ruangan 4; negeri itu kekal pada tempatnya di bahagian sebelah atas senarai itu.

Selepas tiap-tiap satu pemilihan yang diadakan menurut senarai yang kedua sebagaimana yang terdapat dalam Jadual B, senarai itu akan diubah seperti berikut:
         (a)    mana-mana negeri dalam senarai itu yang mendahului negeri yang Rajanya       
                 telah dipilih akan dipindahkan (mengikut susunan negeri-negeri itu pada masa              
                 itu dalam senarai) kehujung senarai itu;
                 dan
         (b)    negeri yang Rajanya telah dipilih akan diletak kemudian sekali.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Majlis Raja-Raja menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak untuk dipilih, dan apabila mangkat Yang di-Pertuan Agong yang akhir sekali dipilih, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjadi Raja yang pertama berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. Jika baginda tidak menerimanya, jawatan itu ditawarkan pula kepada raja yang paling kanan selepasnya dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu. Seorang Raja yang menolak tawaran jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetap kekal berada pada tempat kedudukan baginda dalam senarai pemilihan.

        Seseorang Raja yang menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil keutamaan selepas sahaja Raja Raja Permaisuri Agong. Baginda mengambil keutamaan hanya sebagai seorang Raja, dan dengan demikian boleh ditempatkan dalam majlis istiadat persekutuan di sebelah bawah seseorang Raja yang lebih kanan daripada baginda.

        Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetap menjadi Raja di negeri baginda dan bersemayam di negeri baginda juga. Baginda menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong pada masa berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas-tugas jawatan baginda disebabkan oleh kegeringan, tidak ada dalam persekutuan (yang dijangka tidak kurang dari lima belas hari) atau oleh kerana apa-apa sebab lain.

        Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, atau jika dipilih menjadi Timbalan bagi tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dipilih, selama baki tempoh jawatan itu. Jika dalam masa tempoh jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, jawatan Yang di-Pertuan Agong menjadi kosong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik menjadi Yang di-Pertuan Agong. Tetapi baginda terus juga menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong sehingga jawatan Yang di-PERTUAN Agong itu dipenuhi; selepas itu baginda berhenti menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong kecuali jika baginda dilantik semula. Jika tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong terpaksa dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian oleh kerana kekosongan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau disebabkan oleh kegeringan baginda atau baginda tidak ada dalam Persekutuan, atau oleh kerana apa-apa sebab lain, di bawah Ordinan Yang di-Pertuan Agong (menjalankan tugas-tugas) 1957 , tugas itu hendaklah dijalankan oleh Raja yang paling kanan selepas baginda mengikut senarai pemilihan, dan baginda hendaklah berupaya dan mahu menerimanya. 

BAB 3 - PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perkembangan Perlembagaan Malaysia

 








Sistem Residen
-diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874
-negeri yang menerima residen – Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
 

Residen = semua kuasa pentadbiran kecuali adat istiadat orang Melayu dan Agama Islam dilaksanakan oleh residen
 
                                                             





1948 – perlembagaan bertulis diperkenalkan di semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka kecuali Johor (Perlembagaan Johor – 1895) dan Terengganu (undang-undang Tubuh Terengganu 1911)
 
 













































Perlembagaan Persekutuan telah dipinda  beberapa kali
 
 



Jenis Perlembagaan Malaysia

  1. Perlembagaan Persekutuan
-          merupakan sumber utama undang-undang bertulis di Malaysia
-          oleh sebab itu, semua undang-undang yang dibuat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidah sah dan dibatalkan oleh parlimen
-          terdiri daripada 183 Perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian

  1. Perlembagaan Negeri
-          perkara yang terkandung dalam perlembagaan negeri

Kandungan
Keterangan
Pemerintahan
-          kedudukan, perlantikan dan kuasa Raja/ Yang di-Pertuan Agong/ Menteri Besar/ Ketua Menteri
-          Menteri Besar mesti seorang islam
-          Fungsi dan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri/ DUN
Pentadbiran Awam
- setiap negeri mempunyai autonomi dalam pentadbiran awam/ pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awm Negeri.
Agama Islam
- Agama negeri untuk negeri beraja ialah agama Islam. Raja merupakan ketua agama negeri, Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri tiada beraja.
Pindaan Perlembagaan
-          Sebarang pindaan am memerlukan sokongan dua pertiga ahli dewan dan persetujuan Raja/ Yang di-Pertuan Agong.
-          Perkara yang tidak boleh dipinda oleh DUN ialah warisan takhta kerajaan/ kedudukan pembesar istana/ para pembesar adapt istiadat Melayu/ cara perlantikan dan sifat waris takhta, permaisuri dan pemangku raja/ pemecatan, penarikan diri, penurunan takhta raja/ pengurniaan atau perlucutan pangkat, gelaran dan bintang kebesaran.

Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia
  1. kewarganegaraan
  2. hak asasi
  3. sistem pemerintahan

1. Kewarganegaran (Bahagian 3, Perkara 14 – 22)

Kuat kuasa undang-undang
Pendaftaran
Masukan/ Naturalisasi/ Permohonan
Pencantuman wilayah
a.        Setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatic selepas Hari Malaysia.
b.        Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia
a.        Isteri dan anak warganegara
-          Bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan
-          Berkelakuan baik
a.        Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
-          jika seorang daripada ibu bapa ialah warganegara
-          dilahirkan sebelum Oktober 1962
a.        Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih, lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka
-          membuktikan permastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum permohonan
-          berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan
-          pengetahuan tentang Bahasa Melayu yang mudah
-          berkelakuan baik
a.        Seseorang yang berumur 18 tahun, bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia
-          bermastautin di Persekutuan sebelum Hari Malaysia
-          Selepas Hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan selama 7 tahun sebelum permohonan dibuat
Warganegara asing berumur 21 tahun ke atas
-          seseorang telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
-          berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan
-          berkelakuan baik
-          pengetahuan Bahasa Melayu
Pergabungan wilayah dengan tempat dia bermastautin
-          warganegara Singapura
-          warganegara United Kingdom dan tanah-tanah jajahan serta pemastautin tetap Sabah dan Sarawak
-          Warganegara Sarawak

Kehilangan kewarganegaraan (Perkara 23 – 28)
Penolakan
Pelucutan (Perkara 24)
Prosedur perlucutan
-          seseorang warganegara yang berumur 21 tahun ke atas menjadi warganegara lain
-          menolak kewarganegaan dengan akuan yang didaftar oleh kerajaan Persekutuan
-          memperolehi kewarganegaraan lain
-          bermastautin di Negara asing lebih daripada 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan
-          tidak setia terhadap Negara melalui percakapan dan tindakannya
-          menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dengan berniaga atau berhubung atau menjalankan urusan dengan musuh Negara
-          dihukum penjara lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya dalam tempoh 5 tahun
-          berkhidmat di bawah kerajaan Negara asing
-          memperoleh kewarganegaraan secara tipu atau palsu
-          notis bertulis berserta alas an harus diberi kepada orang yang dikenakan perintah perlucutan
-          orang berkenaan merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan
-          kerajaan membuat keputusan berdasarkan laporan jawatankuasa berkenaan

2. Hak Asasi (Bahagian 2 – Perkara 5 hingga Perkara 13)
Perkara
Peruntukan
Huraian
5
Kebebasan diri dan nyawa (kecuali menurut undang-undang)
-          seseorang itu harus diberitahu sebab dia ditangkap
-          seseorang boleh berunding oleh dibela oleh peguamnya
-          seseorang harus dihadapkan di mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap
6
Pengabdian dan kerja paksa (kecuali kerahan tenaga)
- dilarang bekerja secara paksa kecuali hukuman penjara

7
Perlindungan dpd undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang-ulang
-          seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah disisi undang-undang
-          seseorang yang dibebaskan dpd sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama kecuali mendapat perintah Mahkamah Tinggi
8
Kesamarataan di sisi undang-undang (kecuali kelainan yang ditetapkan oleh Perlembagaan)
-          hak perlindungan sama rata dari segi undang-undang
-          tidak boleh membeza-bezakan kerana berlainan agama, kaum, keturunan, kedudukan politik dll
9
Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan
-          kecuali dikenakan sekatan undang-undang
10
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan
-          kecuali dikenakan sekatan Parlimen
11
Kebebasan menganut agama
-          namun, undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan antara penganut agama islam
12
Kebebasan dalam pendidikan
-          hak yang sama dalam mendapat pendidikan
13
Hak terhadap harta
-          tidak boleh mengambil harta tanpa pampas an
-          tidak boleh lucut harta kecuali menurut undang-undang

3. Sistem Pemerintahan Malaysia

Sistem pemerintahan di Malaysia berlandaskan kepada perkara berikut:
a. Raja Berpelembagaan
                    - menurut perlembagaan Persekutuan kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Namun Perdana Menteri dan kabinetnya yang menjalankan kuasa eksekutif atas YDPA
                    - YDPA merupakan lambing perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia. Baginda mejalankan tugas-tugas simbolik
                    - YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk
                                i.   melantik Perdana Menteri
                                ii.  memperkenan atau tidak, permintaan membubarkan Parlimen
                                iii. menitah utk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-raja utk membincangkan isu-isu tentang
    kedudukan, keistimewaan dan kehormatan raja-raja Melayu
                                iv. Ketua agama bg negeri tidak beraja
                                v.  berkuasa mengisytiharkan darurat jika keselamatan Negara terancam
                                vi. memperkenan rang undang-undang yg dibuat oleh Parlimen

b. Demokrasi Berparlimen
                - maksudnya pemerintahan secara perwakilan
                - rakyat melaksanakan pemerintahan Negara melalui pemilihan perwakilan dalam pilihanraya yang diadakan
                  Setiap 5 tahun
                - ciri demokrasi berparlimen
                  i.  rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan Rakyat)  dan kemenangan majoriti dalam kerusi Dewan
                      Rakyat oleh parti akan menentukan jawatan Perdana Menteri dalam parti berkenaan
                  ii. Kemudian, Perdana Menteri akan melantik jemaah menterinya dpd ahli-ahli dewan Parlimen

c. Negara Persekutuan
                - pentadbiran Negara dibahagikan kepada 3 iaitu peringkat pusat (kerajaan pusat), peringkat negeri
                  (kerajaan negeri) dan peringkat tempatan (kerajaan tempatan)
                - kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dengan 13 buah kerajaan negeri
                - kerajaan pusat memerintah keseluruhan Malaysia melalui pentadbiran di ibu Negara Kuala Lumpur.
                  Pentadbiran negeri dibuat oleh kerajaan negeri
                - kerajaan pusat melaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan
                  Senarai Bersama
                - kerajaan negeri malaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai
                  Bersama.

BAB 4
RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI

Tiap-tiap sebuah dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai seorang Raja yang turun-temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarasi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-kaedah adat ini, dengan atau tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tiap-tiap Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1) perlembagaan persekutuan, menjamin hak seseorang Raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keitimewaan menurut perlembagaan negeri baginda; tetapi apa-apa pertikaian mengenai hak untuk mewarisi sebagai Raja mestilah ditentukan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa dan dengan apa-apa cara sebagai mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu.

      Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana baginda dikenali sebagi Raja. Di Negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang Dipertuan Besar dan bertidak bagi pihak diri baginda sendiri dan juga bagi bagi pihak Pembesar-Pembesar Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih oleh Undang Sunagai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Apabila baginda mangkat, Undang berempat itu memilih seorang pengganti dari kalangan putera baginda, tetapi para Undang itu boleh, jika mereka fakir bahawa tidak seorang pun yang layak dan sesuai dari kalangan putera baginda, memilih seorang lain yang layak dan sesuai dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki baginda yang Dipertuan Besar yang telah mangkat itu, kemudian kepada ayahanda saudara sebelah bapa baginda dan selepas itu barulah diberi keutamaan kepada orang lain. Jawatan yang Dipertuan Agong, di mana seorang Raja dipilih selama lima tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu adattasi jawatan yang Dipertuan Besar ini.
       Di negeri Perak penganti untuk menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara tiga ketua keluarga: oleh itu apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu lagi ketua keluarga yang kedua dalam susunan penganti) diangkat menjadi Sultan, Raja di Hilir  (Ketua Keluarga Yang satu lagi dan ketiga dalam susunan penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan yang mangkat itu menjadi Raja di Hilir.
       Di negeri –negeri lain, seseorang Sultan yang mangkat digantikan oleh anakanda baginda yang sulung dan masih hidup.
       Seseorang Raja boleh melantik seorang Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja untuk memangku jawatan baginda dalam hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.
      Tiap-tiap sebuah negeri yang bukan negeri Melayu, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, mempunyai seorang seorang yang Dipertua Negeri yang dilantik oleh yang Dipertuan Agong, dan baginda bertidak mengikut budi bicara baginda tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri dari negeri yang berkenaan. Seseorang Yang Dipertua Negeri di lantik selama empat tahun, tetapi boleh meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut usul Dewan Undangan Negeri yang berkenaan, dan disokong dengan undi yang tidak kurang dari dua pertiga daripada jumlah ahlinya. Belum pernah Yang Dipertua Negeri dipecat dari jawatannya.Jika Yang Dipertua Negeri tidak berupaya hendak menjalankan tugas-tugasnya oleh kerana sakit, tidak ada dalam negeri atau oleh kerana apa-apa sebab lain Yang di Pertuan Agong sekali lagi bertidak mengikut budi bicaranya, tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri dari negeri itu, boleh melantik seorang lain (yang layak dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri) untuk menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua Negeri. Seseorang yang bukan warganegara atau seorang warganegara dengan cara naturalisasi atau, bagi Melaka dan Pulau Pinang, dengan cara pendaftaran di bawah Perkara 17 perlembagaan persekutuan, tidak layak dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri. Seseorang Yang Dipertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perushaan perniagaan. Ini bererti bahawa tidak ada pegawai awam yang sedang berkhidmat atau ahli perniagaan, walau bagaimana terkemuka sekalipun, akan dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri atau pemangku Yang Dipertua Negeri. Saraan bagi seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri diperuntukkan oleh undang-undang dan dipertanggungkan kepada kumpulan wang negeri disatukan. Dengan itu ia dikeluarkan daripada perbahasan tahunan dan juga daripada mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Keutamaan

Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertaun Agong dan Permaisuri baginda, semua Raja dan Yang Dipertua Negeri mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain. Tiap-tiap Raja atau Yang Dipertua Negeri di negerinya mengambil keutamaan mengatasi Raja dan Yang Dipertua Negeri lain. Raja-Raja mengambil keutamaan mengantasi Yang Dipertua Negeri dan di kalangan baginda naik takhta sebagai Raja. Yang Dipertua Negeri pula mengambil keutamaan di kalangan mereka sendiri, iaitu mengikut tarikh mereka dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri, dan jika Yang Dipertua Negeri dilantik pada hari yang sama, Yang Dipertua Negeri yang lebih tua mengambil keutamaan mengatasi Yang Dipertua Negeri yang lebih muda.

Bertindak Menurut Nasihat

Seorang Raja, sungguhpun berdaulat, tidak mempunyai kuasa autokratik. Seseorang Raja dan begitu juga dengan Yang Dipertua Negeri hendakalah bertindak menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (biasanya Menteri Besar) yang bertindak di bawah kuasa dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh perlembagaan persekutuan atau perlembagaan Negeri. Ahli –ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di Sabah dan Sarawak digelar Menteri-Menteri Negeri. Atas permintaan Raja atau Yang Dipertua Negeri, mana-mana Raja atau Yang Dipertua Negeri adalah berhak untuk mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan negeri yang boleh didapati oleh majlis Mesyuarat Kerajaan. Raja atau Yang Dipertua Negeri tidak menjadi ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan bersyuarat sesama mereka sahaja, dan selepas itu Menteri Besar atau Ketua Menteri mengemukakan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan kepada Raja atau Yang Dipertua Negeri. Sebelum Merdeka, Raja, dan bagi Melaka dan Pulau Pinang, Persuruhjaya Tinggi atau Residen, menpengurusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan boleh bertindak berlawanan dengan dengan nasihatnya; dan begitu juga di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia, Gabenor yang dilantik oleh penjajah mempengurusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan boleh bertindak berlawanan dengan nasihatnya juga.
     Raja atau Yang Dipertua Negeri menjadi sebahagian dari pada Dewan Undangan Negeri tetapi tidak pula menghadiri Mesyuaratnya, kecuali apabila memberi titah/ucapan kepada ahli-ahlinya pada masa istiadat rasmi. Raja atau YangDipertua Negeri menjadi sebahagian daripada Dewan Undangan Negeri mengikut erti-kata bahawa rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tidak boleh menjadi undang-undang sehingga Raja atau Yang Dipertua Negeri telah mempersetujuinya. Dalam menjalankan tugas ini, Raja utau Yang Dipertua Negeri hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 
Kuasa mengikut Budi Bicara

Seseorang Raja boleh bertindak menurut budi bicara baginda dalam menjalankan tugas-tugas berikut (sebagai tambahan kepada tugas-tugas yang telah ditentukan di bawah perlembagaan persekutuan) :
(a)     melantik Menteri Besar;
(b)     tidak memperkenankan permintaaan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan;
(c)     meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau mengenai perbuatan, amalan atau upacara agama Islam;
(d)     apa-apa tugas sebagai ketua agama Islam atau mengenai adat istiadat Melayu;
(e)     melantik waris atau waris-waris, permaisuri Pemangku Raja, atau Jemaah Pemangku Raja;
(f)      melantik orang menyandang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengan nya; dan
(g)     membuat peraturan mengnai balai diraja dan istana.
Yang Dipertua Negeri boleh bertindak menurut budi bicaranya apabila melantik Ketua
Menteri dan apabila tidak mempersetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
      Undang-undang negeri boleh membuat peruntukan bagi menghendaki seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri untuk bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam menjalankan mana-mana tugasnya selain  darpada:

(a)       tugas-tugas yang boleh dilakukan mengikut budi bicaranya; dan
(b)       tugas-tugas yang mengenainya peruntukan dibuat dalam perlembagaan negeri  atau dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedaulatan dan Imuniti di sisi Undang-undang

Fasal (2) Perkara terakhir dalam perlembagaa, iaitu perkara181, memperuntukkan bahawa tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda; dan fasal ini membayangkan bahawa baginda boleh didakwa atas sifat rasmi baginda. Sultan Pahang telah memecat seorang kadi dari jawatannya dan kadi itu telah mendakwa bahawa pemecatannya adalah tidak sah. Kadi itu telah mengambil tindakan mendakwa bukan terhadap Sultan, tetapi terhadap kerajaaan Negeri sebagai defendan.
      Fasal pertama Perkara 181 memperuntukkan bahawa tertakluk kepada peruntukan peruntukan Perlembagaan –kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja di dalam wilayah masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang tetap kekal tidak tersetuh.
       Apabila Sultan Johor didakwa atas sifat peribadi baginda di England pada penghujung abad yang lepas dalam kes Mighell lwn. Sultan Johor, sepucuk surat dari Pejabat Tanah Jajahan kepada mahkamah menyatakan bahawa baginda adalah Raja berdaulat bagi sebuah negeri yang merdeka, dan hubungan baginda dengan Baginda Queen adalah bersifat perikatan, dan bukan bersifat pertuanan atau naungan, yang diatur oleh suatu triti yang membataskan perlaksanaan setengah-setengah hak kedaulatan. Hakikat ini telah diputuskan sebagai fakta muklamad bahawa baginda adalah seorang Raja yang bebas, dan oleh itu baginda mendapat imuniti dari tindakan undang-undang.
     Kira-kira tiga puluh tahun kemudian taraf Sultan Kelantan telah dipertimbangkan dalam mahkamah Inggeris, Kes Syarikat Duff Developmen Sdn.Bhd. lwn Kerajaan Kelantan den Seorang Lain, dan sekali lagi Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan pada ketika itu, EncikWinston Churchill, telah memperakui bahawa Sultan Kelantan adalah Raja berdaulat bagi sebuah negeri yang merdeka, dan dengan itu mempunyai imuniti dari bidang kuasa mahkamah Inggeris.
     Taraf Sultan Pahang telah dipertimbangkan oleh mahkamah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu damal kes Syarikat Pahang Consolidated Sdn.Bhd. lwn Negeri Pahang . Privy Council telah menerima tanpa hujah bahawa walaupun negeri itu telah memasuki Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895, Sultan Pahang kekal menjadi Raja yang mutlak, dan pada bagindalah terletak semua kuasa perundangan dan kuasa pemerintah yang tertakluk hanya kepada batasan-batasan yang dari semasa ke semasa baginda kenakan ke atas diri baginda sendiri, dan oleh itu baginda mendapat iminiti dari proses undang-undang.
      Taraf Sultan Johor telah dibawa untuk dipertimbangkan sekali lagi selepas Perang Dunia Kedua, kali ini dalam mahkamah di Singapura, Kes Sultan Johos lwn. Tuanku Abu Bakar dan orang-orang lain. Baginda didakwa oleh putera baginda dan baginda telah berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas diri baginda kerana baginda adalah seorang Raja berdaulat. Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, semasa diminta untuk memperakui taraf Duli Yang Maha Mulia, hanya menyatakan tentang butir-butir perlembagaan yang ada pada masa itu dan terpulanglah kepada mahkamah untukmemutuskan sama ada Duli Yang Maha Mulia itu seorang Raja berdaulat atau tidak. Apabila perkara itu sampai di hadapan Privy Council, Setiausaha Negara yang menjawab suatu aduan yang datangnya dari semua Raja Melayu, telah menulis sepucuk surat kepada baginda semua dengan menegaskan secara mutlak bahawa ‘‘ Kerajaan Baginda King di British memandang Duli-Duli Yang Maha Mulia dengan baginda king’’ Privy Council dengan berdasarkan surat ini memutuskan bahawa Sultan Johor adalah seorang Raja pemerintah berdaulat yang bebas dan berhak mendapat imuniti berhubung dengan litigasi yang berkaitan dengan status itu.
      Oleh itu dapatlah diperhatikan bahawa dalam mahkamh-mahkamah di England dan di Singapura sebelum merdeka dahulu, seorang Raja dianggap sebagai pemerintah berdaulat yang bebas, walaupun baginda telah menyerahkan setengah-setengah dari dari kuasa berdaulat baginda menurut triti kepada Kerajaan British, dan telah berakhirnya Perang Dunia Kedua, menurut triti juga baginda telah menyerahkan setengah-setengah dari kuasa berdaulat baginda kepada Kerajaan British dan kepada Kerajaan Persekutuan. Dalam membuat keputusan pada tahun-tahun lima puluhan bahawa Sultan Johor adalah seorang Raja pemerintah berdaulat yang bebas, Pricy Council tidak mementingkan perkataan –perkataan huruf condong dalam kenyataan itu, dan kenyataan itu dengan terang mengandungi suatu kekecuallian mengenai hubungan Raja-Raja dengan Persekutuan.
       Perkara 181, sebagaimana yang telah dilihat, dengan nyata mengecualikan kedaulatan Raja-Raja selepas merdeka; ia memperuntukan bahawa kedaulatan Raja-Raja di dalam wilayah baginda masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang tetap tidak tersentuh, dan tidak ada apa-apa pembicaraan yang boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja atas sifat peribadi baginda. Walau bagaimanapun, peruntukan ini berkuatkuasa hanya di Malaysia, tetapi namun begitu bolehlah dianggap bahawa tafaf Raja pemerintah yang berdaulat masih mungkin boleh diakui oleh Kerajaan British sekiranya Raja-Raja itu didakwa dalam sebuah mahkamah di England. Apabila sikap kerajaan-kerajaan asing yang lain jika sekiranya seseorang Raja itu didakwa di negeri asing masih merupakan suatu soalan yang terbuka.

       Permaisuri seseorang Raja tidak menikmati imuniti di sisi undang-undang di Malaysia, dan begitu juga dengan sseseorang Pemangku Raja atau seseorang ahli Jemaah Pemangku Raja. Demikian juga bahawa tidak terdapat peruntukan perlembagaan yang memberi seseorang Yang Dipertua Negeri atau isterinya imuniti di sisi undang-undang atas apa-apa sifat juga.

Keadilan

Kecuali dalam Mahkamah Syariah, dan di Sabah dan Sarawak dalam Mahkamah Bumiputera juga, keadilan adalah perkara persekutuan yang mengenainya hanya Parlimen persekutuan sahaja yang boleh membuat undang-undang, tetapi pihak Raja dan Yang Dipertua Negeri memainkan peranan yang penting juga mengenai keadilan. Semua hakim termasuklah Ketua Hakim Negara serta dua orang Hakim Besar dilantik hanya selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Atau Yang Dipertua Negeri, dan mengenai Majistret Kelas Satu di perakukan pula oleh Hakim Besar. Di Sabah dan Sarawak majistret dilantik oleh Yang Dipertua Negeri.

Kuasa Mengampun

Seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa mengampun, reprief dan respit mengenai semua kesalahan yang dilakukan dalam negerinya. Terdapat tiga pengecualian mengenai hal ini:

(1)            Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa ini mengenai kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera;
(2)            Mengenai hukuman yang dikenakan oleh mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan; dan
(3)            Mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan.    


       Jika sekiranya diragukan tentang di manakah sesuatu kesalahan itu telah dilakukan, adalah dianggap seoleh-oleh ia telah dilakukan di dalam negeri di mana ia dibicaraka.
        Kuasa mengampun yang ada pada seorang Raja atau Yang Dipertua Negeri dijalankan atas nasihat suatu Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi tiap-tiap negeri. Jemaah ini bermesyuarat di hadapan Raja atau Yang Dipertua Negeri dan Raja atau Yang Dipertua Negeri yang mempengurusikan Mesyuarat itu. Jemaah ini terdiri dari Peguam Negara Persekutuan, Menteri Besar Atau Ketua Menteri dan tidak lebih dari tiga orang ahli lain yang dilanti oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri. Ahli-ahli yang dilantik memegang jawatan selama tiga tahun dan ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh dilantik. Biasanya ahli-ahli politik yang aktif tidak pernah dilantik walaupun mereka bukan menjadi Ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri. Jika seseorang ahli yang dilantik tidak dapat hadir, pihak Raja atau Yang Dipertua Negeri boleh melantik seorang ahli sementara untuk mengganti tempatnya .
      Sungguhpun beliau menjadi seorang ahli, Peguam Negara jarang-jarang menghadirinya sendiri. Beliau berkuasa untuk mewakilkan tugas-tugasnya kepada seorang lain,dan biasanya beliau mewakilkannya keapada penasihat undang-undang negeri. Pada lazimnya beliau juga menyampaikan pendapat beliau secara bertulis kepada Jemaah itu mengenai apa-apa perkara yang hendak dipertimbangan, dan Jemaah itu adalah berkewajipan menimbangkan pendapat beliau sebelum Jemaah memberi nasihat kepada Raja atau Yang Dipertua Negeri.

       Dapat diperhatikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai suara mengenai kuasa mengampun yang dijalankan ole seorang Raja atau Yang Dipertua Negeri. Apa-apa pengaruh yang ada padanya dapat digunakan hanya secara tidak langsung melalui jasa baik Peguam Negara.

Perkhidmatan Awam

Seseorang anggota perkhidmatan awam bagi sesebuah negeri memegang jawatan mengikut kehendak Raja atau Yang Dipertua Negeri, Sungguhpun kuasa perlantikan jawatan, kenaikan pangkat dan tatatertib diamanahkan kepada suatu suruhanjaya perkhidmatan awam yang bebas dari kawalan Kerajaan. Dia memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri. Tetapi, seperti dengan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan persekutuan, dia tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja kecuali mengikut kaedah-kaedah yang ketat sebagaimana yang ditentukan dalam pelembagaan persekutuan dan dalam peraturan-peraturan yang terpakai di tiap-tiap negeri.

Islam

Seseorang Raja menjadi ketua agama Islam di negerinya tetapi tidak pula demikian bagi seseorang Yang Dipertua Negeri. Ketua agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ialah Yang di-Pertuan Agong.
        Di tiap-tiap negeri terdapat sebuah Majlis Agama Islam yang disebut dengan berbagai nama. Tugasnya adalah untuk menasihatkan Raja dalam menjalankan tugas-tugas baginda sebagai ketua agama Islam. Di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, Majlis itu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Negeri.

Kemulian

Seseoarang Raja atau YangDipertua Negeri ialah punca kemuliaan di negerinya dan menganugerahkan bintang-bintang kehormatan kepada oaring-orang yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang.

BAB 5
MAJLIS RAJA-RAJA

Majlis Raja-Raja Mempertujui ditubuhkan pada mulanya dalam tahun 1948 mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Sebelum Perang Dunia Kedua, Raja-Raja dari keempat-empat buah Negeri Melayu Bersekutu pernah mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa dengan Pesuruhjaya Tinggi’, tetapi hingga tahun 1948 tidak ada suatu badan rasmi yang membawa kesemua sembilan orang Raja bersidang untuk membincang dan mempersetujui perkara-perkara mengenai dasar. Misalnya, dalam tahun 1946 Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Triti MacMichael yang mempunyai pengaruh yang besar sebelum menandatanganinya. Dengan menandatangani triti tersebut, Raja-Raja Melayu telah menyerahkan semua bidang kuasa baginda kepada Kerajaan British.
        Majlis Raja-Raja merupakan perhimpunan yang paling luhur di Negara ini. Sungguhpun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan Negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan rapat diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Persidangan Majlis ini dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan juga oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak di antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpuluang dalam forum yang amat penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan.
       Mengikut perlembagaan, sebagaimana yang akan diperhatikan di bawah ini, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi rang undang-undang yang meminda peruntukan-perun tertentu dalam perlembagaan. Majlis Raja-Raja membuat beberapa perlantikan tertentu dan Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingkan sebelum dibuat perlantikan-perlantikan tertentu yang lain.
       Peruntukan-peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja yang ada sekarang terdapat pada perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia.

Keanggotaan

Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri. Jika perlembagaan sebuah negeri membenarkan seorang lain mengambil tempat seorang Raja atau Yang Dipertua Negeri sebagai anggota, orang lain itu boleh hadir dan mengembil bahagian dalam perjalanan masyuarat Majlis Raja-Raja Al-Marhum Sultan Johor selalu juga diwakili oleh anakanda baginda untuk menghadiri mesyuarat.
      Yang di Pertuan Agong kelihatan hanya menjadi anggota Majlis apabila ia bersidang kerana hendak melantik bakal pengganti Yang Di Pertuan Agong dan Tembalan, dan juga apabila Majlis menimbangkan perkara-perkara mengenai agama Islam.


Tugas

Tugas-tugas Majlis Raja-Raja ialah untuk-
(a)  memilih atau memecat Yang di Pertuan Agong dari jawatannya, dan memilih Tembalannya; 
(b)  Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara (misalnya, perubahan tentang dasar imigresen dan apa-apa juga perkara lain yang difikirkannya pantut);
(c)   Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam supaya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia (tetapi tidak termasuk Sabah dan Sarawak); dan
(d)  Mempersejui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang, dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
     Berkenaan dengan (a), apabila memilih atau memcat Yang di-Pertuan Agong dan memilih Tembalannya, hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengambil bahagian; Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak boleh.
      Berkenaan dengan (b), apabila Majlis Raja-Raja menimbang perkara-perkara mengenai dasar Negara, Yang di-Pertuan Agong hadir disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja–Raja serta Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Dalam mempertimbangkan hal ini, Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri dan Raja-Raja serta Yang Dipertua –Yang Dipertua Negeri mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing.
      Berkenaan dengan (c), sebagaimana yang tersebut dalam bab4, seorang Raja menjadi ketua agama Islam dalam negeri baginda. Oleh yang demikian, baginda boleh menetapkan, misalnya, tarikh bermula dan berakhirnya puasa tanpa menghiraukan apa yang berlaku di negeri jiran. Perlembagaan memperuntukkan bahawa mengikut perkara 3 (2) dan perkara 38 (2) (b), Raja-Raja dalam Persidangan Majlis Raja-Raja boleh mempersetujui supaya tarikh yang sama dipakai di seluruh Semananjung Malaysia. Walau bagaimanapun ia tidak meliputi Sabah dan Sarawak, lihat Perkara 38(7).
    
Perlantikan

Majlis Raja-Raja melantik salah seorang daripada anggotanya mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia dalam Majlis Angkatan Tentera.
      Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya bagi melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar bagi dua Mahkamah Tinggi, hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan hakim-hakim bagi Mahkamah Tinggi. Semua perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Angong yang bertidak mengikut nasihat Perdana Menteri.
       Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya berkenaan dengan perlantikan Juruaudit Negara yang dibuat oleh Yang di-Pertuang Agong mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengurusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; mengenai perlantikan Pengurus, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi dan mengenai perlantikan Pengurusi,  Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Perlantikan-perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bira baginda tetapi selepas Mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.
       Majlis Raja-Raja juga hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Persetujuan mengenai Undang-undang yang Tertentu

Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang membuat pindaan kepada Perkara 38 yang menghuraikan tentang penubuhan, tugas dan
kuasa Majlis Raja-Raja; kepada perkara 70 yang menghuraikan tentang keutamaan Yang
di-Pertuan Agong, Permaisurinya, Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri; kepada Perkara 71 (1) yang dengannya Kerajaan Persekutuan menjamin hak seseorang

Raja menaiki Takhta dan tetap menjadi Raja; dan kepada Perkara 153 yang menghuraikan tentang kedudukan istimewa orang –orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
       Baru-baru ini Perlimen telah membuat beberapa pindaan yang tertentu kepada perlembagaan, mengikut Akta (Pindaan ) Perlembagaan, 1971 yang berjalan kuatkuasanya pada 29 Mac 1971, dan maksudnya adalah seperti berikut.
       Mengikut fasal baru (4) Perkara (10) , walaupun kebebasan bercakap adalah terjamin bagi warganegara, Perlimen boleh untuk kepentingan keselamatan atau ketenraman awam memperbuat undang-undang bagi melarang sesiapa juga daripada menyoal apa yang secara umumnya diketahui sebagai perkara-perkara sensitive, iaitu hak-hak dan keistimewaan tertentu yang dijamin oleh peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan, iaitu yang dijamin oleh bahagian 111 mengenai kewarganegaraan; yang dijamin oleh Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain; yang dijamin oleh perkara153 mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; yang dijamin Perkara 181 mengenai kedaulatan dan prerogative Raja-Raja; tetapi Parlimen tidak boleh membuat undang-undang untuk melarang sesiapa juga daripada mempersoalankan tentang pelaksanaan peruntukan-peruntukan perlembagaan itu. Jika Parlimen memperbuat apa-apa undang-undang yang melarang seseorang daripada mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan –keistimewaan itu, seseorang ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri yang menyoal di dalam Majlis Parlimen atau di dalam Dewan Undang Negeri tentang kewujudan atau isi kandungan hak-hak itu dan sebagainya, tetapi bukan tentang pelaksanaannya, dia tidak dilindungi oleh apa-apa keistimewaan dan boleh didakwa dalam mahkamah; dan dia boleh juga dituduh kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 45 tahun 1970. Keistimewaan ahli-Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri telah ditarik balik dengan dimasukan suatu fasal baru (4) kepada Perkara 63 dan Perkara 72.
        Akta (Pindaan)  Perlembagaan, 1971 memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undang yang meminta fasal (4) Perkara 10, yang meminda apa-apa undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah fasal itu, yang meminda fasal baru (4) Perkara 63 dan Perkara 72, dan yang meminda Perkara 152, tidak boleh diluluskan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
        Perlu diminta persetujuan Majlis Raja-Raja telah ditetapkan oleh fasal (5) Perkara 159. Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1971 juga memperuntukkan bahawa fasal tersebut tidak boleh dipinda oleh Parlimen kecuali dengan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
        Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang menyetuh secara langsung akan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.
        Persetujuan Majlis Raja-Raja  adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri. (Persetujuan pihak negeri yang dinyatakan dengan suatu undang-undang yang dibuat  oleh badan perundangan negeri juga diperlukan).
      persekutuan yang memperuntukkan supaya seorang Raja menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong yang pantutnya dijalankan oleh Timbalannya, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak Dapat menjalankannya disebabkan oleh kekosongan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu gering, berada di luar Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain.

      Sebelum sahaja merdeka rang undang-undang persekutuan tidak boleh menjadi undang –undang sehinggalah rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu dan Pesuruhanjaya Tinggi British. Raja-Raja Melayu telah melantik dua orang di kalangan baginda sebagai suatu Jawatankuasa  undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan. Selepas merdeka rang undang-undang persekutuan yang diluluskan oleh Parlimen menghendaki persetujuan Yang di-Pertuan Agong sahaja untuk menjadi undang-undang.

Mesyuarat

Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuaratnya tiga atau empat kali setahun. Tiap-tiap mesyuarat berlangsung selama tiga hari. Pada hari pertama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bermesyuarat sesame mereka untuk mempertimbangkan kertas-kertas kerja yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri yang berkenaan,dan membuat keputusan berkenaan dengan nasihat yang akan diberikan oleh setiap Menteri Besar atau Ketua Menteri kepada Raja atau Yang Dipertua Negeri masing-masing. Pada hari kedua Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bermesyuarat disertai oleh Menteri besar dan Ketua Menteri masing-masing untuk membincang dan memutuskan  sikap Majlis itu terhadap kerajaan persekutuan. Pada hari ketiga dan akhir, Masyuarat itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong disertai oleh Perdana Menteri, dan oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri disertai oleh menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing, dan dalam masyuarat ini Perdana Menteri memberi laporan kepada Majlis itu dan keputusan –keputusannya pun dibuat.
      Raja yang menjadi pengurusi pada hari kedua persidang itu juga menjadi pengurusi pada hari ketiga, dan tiap-tiap seorang Raja akan menjadi pengurusi persidangan tersebut secara bergilir-gilir mengikut taraf kekanannya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Sebelum tiap-tiap satu mesyuarat dijalankan, kertas-kertas kerja dibahagi-bahagikan terlebih dahulu atas permintaan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri melalui setiausaha Majlis Raja-Raja, iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau diberi gelaran demikian oleh kerana beliaulah yang meyimpan mohor besar Raja-Raja. Apa-apa persetujuan, perlantikan atau nasihat Majlis Raja-Raja yang dikehendaki menurut  perlembagaan disahkan dengan cap mohor besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menghadiri semua mesyuarat dan menyimpan minit-minitnya. Beliau memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Majlis tersebut. Orang yang memegang jawatan ini ialah seorang pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara. Beliu memanggil mesyuarat apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang ahli Majlis tersebut. Beliu dikehendaki oleh perlembagaan supaya memanggil mesyuarat tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga apabila berlaku kekosongan jawatan tersebut atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan

Jumlah majoriti ahli dalam Majlis membentuk korum. Jika Majlis itu tidak bersetuju dengan sebulat  suara, ia hendaklah menbuat keputusannya mengikut mojoriti ahli yang mengundi. Tetapi apabila membuat keputusan secara undi sulit bahawa seorang calon bagi jawatan Yang di- Pertuan Agong adalah tidak sesuai, atau apabila hendak melantik atau memecat Yang di- Pertuan Agong dari jawatannya, sekurang-kurangnya undi dari lima orang Raja diperlukan.
       Mengenai sesuatu perlantikan yang dicadangkan, biasanya cadangan itu diedarkan sahaja kepada setiap Raja dan Yang Dipertua Negeri, dan jika mojoriti dari ahli-ahli Majlis itu telah menyatakan, dengan cara mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa mereka bersetuju dengan perlantikan tersebut, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkewajipan memberitahu setiap ahli tentang persetujuan Majlis tanpa mengadakan suatu mesyuarat.
        Amalan begini menjimat masa. Persetujuan mengenai perlantikan yang diberi secara bertulis disahkan kemudian dalam mesyuarat Majlis yang akan datang.

Kuasa mengikut Budi Bicara

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara mereka mengenai tugas-tugas berikut-
(a)            memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dari jawatannya, atau memilih
              Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
(b)            memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan;
(c)            mempersetujui atau tidak  mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan –sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja; atau
(d)            mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.

DIRGAHAYU

Allah
Lanjutkan
Usia

DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MELAKA 
___________________________


MEMBAWA PELBAGAI TOPIK SEMASA UNTUK PERBINCANGAN UMUM

SABTU, 17 JULAI 2010


Raja Noor Jan tuntut lagi takhta Kesultanan Melaka




KUALA LUMPUR— Selepas lima tahun Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah kembali mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan menuntut pengiktirafan Majlis Raja-raja menjelang ulang tahun ke-500 pencerobohan Portugis.

Raja Noor Jan pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005.
“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan (gambar) yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.
“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya.

Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.

Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor.

Bekas menteri besar Pahang Tun Khalil Yaakob kini adalah Yang Dipertua Negeri Melaka.
“Saya telah menjadi Sultan sejak lima tahun lepas. Tapi tidak dibayar gaji mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,” kata Raja Noor Jan.

“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,” kata belia pada sidang media di pejabatnya yang dikenali sebagai Balai Seri Melaka di sini.

Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya.

Semalam polis telah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada program perniagaan di Serdang.

Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing.

“Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya.
“Saya dijemput untuk merasmikan bangunan tersebut, jadi saya buat keputusan untuk hadir,” tambahnya Raja Noor Jan.
_________________________________________


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG HALAMAN RASMI BETA INI...

SALINAN SURAT -SURAT YANG TELAH 
DI HANTAR  UNTUK TIDAKAN KEMASYURAN 
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA
________________________________________________________



SALINAN SURAT YANG TELAH DI HANTAR BERTARIKH : 9 JUN 2010 
DAN DI TERIMA OLEH PIHAK BERKENAAN 
PADA : 23 JUN, 2010 
DARI PEJABAT D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM 
KEPADA:-
PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA, 
482, JALAN BUKIT PETALING,
50682 KUALA LUMPUR:- 
U/P:- YM ENGKU TAN SERI DATUK SERI IBRAHIM BIN TENGKU NGAH, 
PEJABAT PEYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA.
s.k. Kepada :-

1. D.Y.M.M. RAJA YANG DIPERTUAN AGONG 
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI A-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKHTAFI BILLAH SHAH, 
JALAN ISTANA, 50506 KUALA LUMPUR.

2. D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN KEDAH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN AL-MUS'TASIMUBILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH, 

PEJABAT D.Y.M.M. SULTAN KEDAH MENTERI BESAR KEDAH. 

PEJABAT MENTERI BESAR
3. YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, 


PERDANA MENTERI MALAYSIA, 


BANGUNAN PERDANA PUTRA PRESET A,


PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 


62502 PUTRAJAYA.







SALINAN SURAT YANG DI HANTAR BERTARIKH : 15 MAR, 2006 DAN DITERIMA PADA TARIKH : 23 MAR 2006 
DARI PEJABAT D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
KEPADA :-
YAB DATUK SERI HAJI ABDUULAH BIN AHMAD BERDAWI, 
PERDANA MENTERI MALAYSIA, 
PEJABAT PERDANA MENTERI,
BANGUNAN PUTRA PRESET A, 
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAAN PERSEKUTUAN, 
62502 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN. 
SURAT BERTARIKH : 18.08.2010 
DI HANTAR KEPADA, 
SETIAUSAHA SULIT KANAN :- 
PEJABAT PERDANA MENTERI MALASIA 
PEJABAT BANGUNAN PERDANA PUTRA PRESINT A, 
PUSAT PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA.

U/P DI SAMPAIKAN KEPADA : 

PERDANA MENTERI MALAYSIA 



YAB DATUK SERI NAJID TUN ABD RAZAK.



PERKARA : KEMUNCULAN D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II@ TUNAKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, SEBAGAI SULTAN MELAKA KE- 44










SURAT BERTARIKH : 18.08.2010 DI HANTAR KEPADA, 

SETIAUSAHA SULIT KANAN :- 

PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 

PEJABAT BANGUNAN PERDANA MENTERI PUTRA PRESINT A, 

PUSAT PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 

62502 PUTRAJAYA.

U/P DI SAMPAIKAN KEPADA : 

KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 

YAB DATUK SERI MUHYIDDIN YASIN

PERKARA : 



KEMUNCULAN D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II@ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, SEBAGAI SULTAN MELAKA KE- 44.









SURAT BERTARIKH : 18.08.2010 DI HANTAR KEPADA, 



SETIAUSAHA SULIT KANAN :- EN. ARMIZAN MOHD ALI 



PEJABAT ARAS 12 BLOK D 1 KOMPLEX D 



PUSAT PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62546 PUTRAJAYA.

U/P DI SAMPAIKAN KEPADA : 


MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA (KDN) 

YAB DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN ON

PERKARA : 

KEMUNCULAN D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II@ 

TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, 

SEBAGAI SULTAN MELAKA KE- 44. 





___________________________________________________________



Polis tiada kuasa siasat  Raja Noor Jan Shah


KUALA LUMPUR - Polis tiada kuasa untuk menyiasat gelaran diraja yang digunakan oleh Raja Noor Jan Shah, 53, yang tertera pada plat pendaftaran kereta Rolls Royce yang disita pada satu majlis perasmian bangunan di Bandar Puteri, Puchong Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata,  dalam kes tersebut, pihaknya hanya memberi tumpuan untuk menyiasat penggunaan nombor pendaftaran palsu pada kereta Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang juga tiada cukai jalan.

"Selain Raja Noor Jan Shah, polis juga akan mengambil keterangan daripada penganjur majlis perasmian bangunan itu yang dimiliki seorang usahawan hartanah global," kata beliau di sini semalam.
Oleh NOR AZIRAN MOHD YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

Ulasan :
1. Seharusnya memang ini bukanlah bidang Polis. Raja Noorjan tidak menyamar mana-mana Sultan yang hidup.
2. Sultan adalah raja di negeri masing-masing yang berjumlah 9. Tiada sultan yang berkuasa di negeri Melaka setakat ini.
3. Tiada Dewan Adat Diraja di negeri Melaka yang dapat memutuskan kedudukan Raja Noorjan Shah